Bisnes & Ekonomi 23 May, 2025

Lebih pantas! SSM e-Info 3.0! Aplikasi yang menguak pintu bisnes! Ada ganjaran Beli, Kumpul dan Tebus!

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, stringer dan sub-editor tabloid Buletin Utama dan Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, DNA Takrawnomi, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Pemenang Peraduan Penulis Sukan Piala Asia AFC 2007 dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017. Pegawai Teknikal Antarabangsa Sepak Takraw Sukan Pantai Asia Muscat, Oman 2010, Sukan SEA Hanoi, Vietnam 2022 dan Piala Dunia Sepak Takraw Istaf Bihar, India 2025. E-mel: timmediasepaktakraw@yahoo.com

Share this

MD. Afendi Hamdan (tengah) melakukan gimik pelancaran SSM e-Info 3.0 bersama-sama Ahmad Shahril Ibrahim dan Ahmad Sabki Yusof di Kuala Lumpur. 


SEBUAH aplikasi mudah alih ‘pintu utama’ perniagaan dan orang awam, SSM e-Info dilancarkan dengan versi baharu yang dikenali sebagai SSM e-Info 3.0 yang lebih pantas, mudah, lancar dan mesra pengguna pada 21 Mei 2025.

Pelancarannya yang seiring perkembangan landskap digital oleh Raffcomm Technologies Sdn. Bhd. (Rafftech) ini, mencerminkan langkah strategik dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan digital untuk manfaat masyarakat dan komuniti perniagaan di Malaysia.

“Menerusi SSM e-Info, akses kepada pelbagai rangkaian perkhidmatan komprehensif maklumat syarikat dan perniagaan seperti Sijil Penubuhan dan Pemfailan Berkanun yang diambil secara masa nyata boleh dilakukan hanya pada hujung jari.

“Rafftech merupakan syarikat pertama di Malaysia yang dilantik sebagai penyedia perkhidmatan pertama untuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan aplikasi SSM e-Info 3.0 ini berfungsi untuk mengakses maklumat komprehensif korporat yang berdaftar secara rasmi dengan SSM,” kata Pengerusi Eksekutif Kumpulan Raffcomm, Datuk Md. Afendi Hamdan.

Turut hadir pada majlis pelancarannya di sebuah hotel di Kuala Lumpur ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Raffcomm, Ahmad Shahril Ibrahim dan Pengerusi SSM, Ahmad Sabki Yusof.


SETIAP dokumen yang dibeli dalam talian melalui aplikasi SSM e-Info membolehkan para pelanggan menikmati program "Ganjaran Beli, Kumpul dan Tebus". 


Kata Afendi, “selama lebih 19 tahun, SSM e-Info menjadi pintu utama yang dipercayai perniagaan dan orang awam untuk mencari, mengakses dan membeli maklumat korporat syarikat serta perniagaan yang diperbadankan dan didaftarkan di Malaysia.

“Melalui carian pantas di mana saja berada, Rafftech menawarkan ‘kepercayaan’ serta ‘ketepatan’ dalam menyediakan platfom maklumat.

“Aplikasi ini direka dengan teliti untuk memenuhi keperluan ahli perniagaan, pelabur dan pihak perundangan yang memerlukan akses segera kepada data masa nyata mengenai latar belakang syarikat yang beroperasi di Malaysia.

“SSM e-Info 3.0 tersedia untuk dimuat turun pada kedua-dua platform, Apple dan Google Play Store, menjadikannya sumber yang sangat diperlukan bagi mereka yang terlibat dalam aktiviti korporat dan perundangan di Malaysia,” katanya.


AHMAD Shahril Ibrahim (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Teknologi Raffcomm, Sallehuddin Abdul Latif menjawab soalan wartawan dalam sidang media selepas pelancaran SSM e-Info 3.0 di Kuala Lumpur. 


Aplikasi ini juga dilihat dapat membantu mengelak masyarakat daripada tertipu dengan tawaran-tawaran syarikat pelaburan yang tidak sah atau ‘scammer’ yang kini semakin berleluasa, tegasnya.

Dalam dunia digital hari ini, pengguna bukan sekadar mencari maklumat tetapi juga pengalaman yang lancar, pantas, mudah dan yang paling penting, sesuatu yang berbaloi, ujar beliau.

Reka bentuk SSM e-Info 3.0 mesra pengguna dengan setiap klik yang lebih mudah dan semula jadi katanya, dan ini membolehkan pengguna meneroka pangkalan data penyenaraian syarikat yang luas untuk memudahkan proses membuat keputusan.

“Pengguna juga boleh mencari maklumat dengan pantas melalui sistem navigasi yang interaktif, sekali gus melancarkan prosesnya dan efisien dalam setiap aspek.

“SSM e-info juga merupakan satu-satunya portal yang menawarkan e-dompet dan fungsi aplikasi mudah alih yang diluluskan Bank Negara Malaysia bagi membolehkan pengguna mendapatkan dan mengesahkan maklumat korporat pada bila-bila masa dan di mana sahaja.


MD. Afendi Hamdan (tengah) melakukan gimik pelancaran SSM e-Info 3.0 berupa kotak hadiah yang menawarkan program "Beli, Kumpul dan Tebus" dengan hadiah-hadiah menarik sambil disaksikan Ahmad Shahril Ibrahim dan Ahmad Sabki Yusof. 


“Inilah aplikasi yang turut menyediakan dokumen Salinan Tulen Disahkan Berdigital (Digitally Certified True Copy - DCTC) melalui Pihak Berkuasa Pensijilan (Certification Authority - CA) dalaman yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

“Pengikitrafan ini memperkasa ketulenan dan integriti dokumen SSM yang dibeli melalui SSM e-Info yang membabitkan data komprehensif mengenai lebih 10 juta entiti berdaftar,” katanya. - KitaReporters


AHLI-AHLI Lembaga Pengarah Kumpulan Syarikat Raffcom memberikan isyarat 'bagus' pada majlis pelancaran SSM e-Info 3.0 di ibu kota.

15
14
0
16
0
You will be interested