Dr Azman Ibrahim turun padang melihat aktiviti nelayan
SERAMAI 510 golongan yang terbabit dalam sektor pertanian, penternakan dan perikanan di Terengganu, akan terus mendapat manfaat menerusi Program Skim Bantuan Modal Tani (SBMT).
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata program bernilai hampir RM9 juta tersebut telah dilaksanakan selama lima tahun bermula tahun 2019 sehingga 2023.
Sektor pertanian berkembang pesat di Terengganu
Katanya, program yang diperkenal oleh Kerajaan negeri itu terdiri dari tiga subsektor iaitu tanaman, ternakan dan perikanan.
“Ia
adalah kemudahan pinjaman tanpa faedah kepada mereka yang menceburi bidang
pertanian, penternakan dan perikanan di Negeri Terengganu," jelasnya.
Mnurut Dr Azman, Tabung
Bencana Pertanian (TBP) juga telah diperkenal pada tahun 2020.
“Fokus utama TBP adalah projek agromakanan dalam Dasar Agromakanan Negara serta Pelan Strategik Pertanian Negeri Terengganu (PSPNT),” katanya.
"Peruntukan TBP bagi tahun 2023 sebanyak RM 1 juta setahun dan bermula tahun 2024 sebanyak RM2 juta daripada Kerajaan Negeri.
"Ia meliputi tanaman padi, sayur-sayuran dan buah-buahan, ternakan, ternakan akuakultur, nelayan dan industri asas tani (IAT)," ujarnya lagi. - KitaReporters
Melon manis Terengganu kini mendapat sambutan orang ramai