Bisnes & Ekonomi 27 Jul, 2022

Berita baik buat vendor, penghantar foodpanda! Skim insurans serba baharu diperkenal! Lebih baik!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


FOODPANDA Malaysia dan PolicyStreet mengukuhkan lagi kerjasama mereka selama ini dengan memperkenal skim insurans serba baharu untuk rakan vendor dan meningkatkan perlindungan serta kebajikan rakan penghantar foodpanda

Kerjasama yang sangat bermakna ini yang telah diumumkan pertama kali pada tahun 2020 yang lepas, telah memberi hasil yang positif kepada rakan penghantar, sehingga mendorong agar inisiatif dan kerjasama ini diperluaskan dengan penawaran terbaharu untuk para vendor. 

Perkembangan ini pastinya akan menggembirakan semua rakan penghantar dan vendor foodpanda. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penghantar foodpanda



Pengarah Operasi foodpanda Malaysia, Kelvin Chan teruja ketika mengulas mengenai pengumuman tersebut berkata, “Hubungan kami dengan PolicyStreet sememangnya sangat bermakna dan kami telah bekerjasama rapat selama beberapa tahun ini untuk memberikan yang terbaik buat rakan penghantar kami, terutama peranan penting yang dimainkan oleh mereka dalam ekosistem kami. 

"PolicyStreet sentiasa sejajar dengan kami dari segi memainkan komitmen yang sama dalam menyediakan persekitaran yang selamat dan terjamin untuk rakan penghantar

"Oleh itu, kami telah memutuskan untuk mengembangkan lagi penawaran ini kepada vendor-vendor, bagi memastikan mereka juga boleh beroperasi dengan tenang. Kami akan terus bekerjasama bagi memperkenalkan lebih banyak lagi manfaat untuk semua pada masa akan datang.” 

PolicyStreet, sebuah syarikat teknologi insurans terkemuka dan syarikat Insurans Semula serta Insurans Am berlesen telah membantu lebih 500,000 orang dengan keperluan insurans mereka. 

“Keazaman untuk membantu individu merancang masa depan dan meningkatkan nilai kehidupan mereka adalah faktor yang mendekatkan kami dengan masyarakat. 

"Kami sentiasa berusaha untuk memberikan perlindungan yang terbaik untuk semua rakan penghantar, seperti yang jelas ditunjukkan menerusi kerjasama kami dengan foodpanda selama ini. 

"Kini, kami berasa amat berbesar hati kerana dapat meneruskan dan menambah baik kerjasama ini dengan turut menyediakan perlindungan insurans untuk vendor foodpanda juga. 

"Impak positif ke atas kehidupan mereka hasil daripada kerjasama ini menjadi sebab utama kenapa kami memilih untuk meneruskan apa yang kami lakukan ini setiap hari,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PolicyStreet, Yen Ming



foodpanda mengambil perhatian tentang pelbagai kesulitan yang tidak dijangkakan yang mungkin dihadapi para vendor, maka foodpanda telah memutuskan untuk menawarkan perlindungan kepada para vendor yang sentiasa berdepan dengan pelbagai risiko

Ekoran itu, 9 kategori insurans mendalam yang berbeza akan dimasukkan ke dalam pelan perlindungan tersebut. Ini termasuklah kebakaran, kecurian, liabiliti awam, jaminan wang, plat kaca, papan tanda, papan iklan, jaminan kesetiaan dan kemalangan peribadi kumpulan

Selaras dengan kemalangan peribadi kumpulan, perlindungan akan diberikan kepada sehingga 12 kakitangan sebaik sahaja majikan mereka mendaftar untuk pelan tersebut



Untuk rakan penghantar pula, skim insurans yang diperbaharui ini memberi jaminan bahawa waris mereka akan dijaga dari segi kewangan dengan pemberian wang berjumlah RM100,000 jika berlakunya kematian yang tidak dijangkakan dan RM7,500 jika ia disebabkan oleh Covid-19. Bagi kes hilang upaya kekal, rakan penghantar foodpanda akan diberikan pampasan sehingga RM100,000

Langkah-langkah ini telah pun dilaksanakan bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh waris mereka dan memastikan bahawa rakan penghantar sentiasa berasa tenang ketika menjalankan tugas mereka. 

Selain daripada itu, rakan penghantar foodpanda yang didapati positif dalam ujian saringan Covid-19 akan menerima RM300 bagi membantu meringankan beban akibat kehilangan punca pendapatan ketika menjalani kuarantin

Seterusnya, sebagai usaha untuk meringankan lagi beban yang ditanggung oleh rakan penghantar, mereka juga boleh menuntut perbelanjaan perubatan sehingga RM3,000 sebagai tambahan kepada pendapatan kemasukan hospital sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 30 hari

Secara keseluruhannya, premium tahunan bagi setiap rakan penghantar hanya berharga RM37.50 setahun



Rakyat Malaysia melihat rakan penghantar dan vendor foodpanda sebagai anggota penting dalam masyarakat, yang sentiasa bekerja keras untuk menyediakan makanan dengan menghantarnya ke setiap rumah dengan hanya beberapa klik sahaja. 

foodpanda turut berkongsi sentimen itu kerana kami menganggap rakan penghantar dan vendor sebagai tulang belakang syarikat ini. 

Semua pihak pastinya gembira bahawa satu persetujuan telah pun dicapai, memastikan perlindungan yang lebih baik dan dipertingkatkan untuk semua rakan penghantar dan vendor. 

Bagi menjamin proses yang lancar dan berkesan, mereka yang layak digesa untuk menyediakan semua dokumen yang berkaitan dan diperlukan untuk membuat tuntutan insurans. - KitaReporters/Kenyataan Media


8
12
0
12
0
You will be interested