Bisnes & Ekonomi 23 Sep, 2024

Ke arah perkasakan 50k usahawan! Gerakan Usahawan Madani anjur Majis Himpunan Usahawan Bersama TPM!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) telah menganjurkan Majlis Himpunan Usahawan Bersama Timbalan Perdana Menteri di Bangi Convention Center (BCC) pada Sabtu, 21 September 2024. 

Majlis yang dinanti-nantikan ini menjadi platform penting bagi komuniti usahawan untuk berinteraksi secara langsung dengan Timbalan Perdana Menteri, dalam usaha memperkukuh ekosistem keusahawanan negara.



Gerakan Usahawan Madani (GEMA) yang merangkumi 12 inisiatif utama untuk memperkasakan usahawan. 

Inisiatif ini akan dilaksanakan melalui 60 program strategik yang menyasarkan lebih 50,000 usahawan di seluruh negara. 

Gerakan ini bertujuan untuk memastikan para usahawan kekal relevan dan berdaya saing dalam era ekonomi digital, sekali gus menyumbang kepada pemulihan dan pertumbuhan ekonomi negara.

Salah satu komponen utama GEMA ialah Gerakan Usahawan Digital (GUD), yang akan memberi tumpuan khusus kepada pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI). 

Melalui GUD, DPIM akan melaksanakan pelbagai program latihan dan pembangunan teknologi untuk membantu usahawan tempatan mengadaptasi teknologi digital dalam perniagaan mereka, sekaligus meningkatkan daya saing di peringkat global. 



Inisiatif-Inisiatif di Bawah GEMA:

  • Gerakan Usahawan Digital (GUD) 
  • Usahawan AI 
  • Rezeki Suri 
  • Influencerpreneur 
  • Halal in One 
  • Pemasaran Global 
  • Pensijilan Pematuhan Syariah 
  • Kelestarian dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR Infak DPIM) 
  • Membudayakan dan Memperkasakan Wakaf Korporat 
  • Pembiayaan Wakaf Mikro dan Kecil 
  • Padanan Perniagaan & Keserakanan Bisnes 
  • Young Entrepreneur Apprentice (YEA!) 



Melalui GEMA, DPIM berhasrat untuk memastikan lebih ramai usahawan tempatan berjaya dalam menghadapi cabaran ekonomi global dan menjadi peneraju dalam industri masing-masing. 

Majlis ini juga dapat mengukuhkan hubungan antara kerajaan dan sektor usahawan dalam usaha memacu ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi. 

Majlis Himpunan Usahawan Bersama Timbalan Perdana Menteri ini dihadiri lebih daripada 2,000 usahawan dari seluruh negara, termasuk perniagaan kecil dan sederhana, syarikat-syarikat besar, serta usahawan muda yang sedang mencipta nama dalam pelbagai industri. - KitaReporters/Kenyataan Media


17
9
0
12
0
You will be interested