Bisnes & Ekonomi 16 Apr, 2025

Langkah strategik! MyAngkasa Dialisis beli 11 pusat rawatan dialisis! Kini Angkasa ada total 18!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this


MyAngkasa Dialisis Sdn. Bhd. (MDSB), anak syarikat milik Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) telah

memuktamadkan pembelian sebanyak sebelas (11) pusat dialisis dalam satu langkah strategik bagi memperluas jaringan perkhidmatan rawatan dialisis kepada masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan.

Majlis menandatangani perjanjian berkenaan perkara tersebut telah diadakan di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 11 April 2025 lalu yang diwakili Pengerusi Lembaga Pengarah MDSB, Mansor Ab. Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Angkasa, Dato’ Abdullah Jusoh serta disaksikan oleh Presiden Angkasa Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.



Untuk makluman sebelum pengambilalihan ini, MDSB memiliki tujuh (7) pusat dialisis, di mana empat (4) daripadanya telah beroperasi di Temerloh, Alor Setar, Kelantan dan Tangkak.

Manakala tiga (3) lagi masih dalam peringkat persiapan untuk operasi, terletak di Tapah, Setiu dan Labuan.

Dengan pengambilalihan terbaharu ini, jumlah keseluruhan pusat dialisis yang kini berada di bawah pengurusan MyAngkasa Dialisis meningkat kepada lapan belas (18) pusat. 

Ia merangkumi enam (6) pusat di Johor, tiga (3) di Melaka, satu (1) di Negeri Sembilan, dan satu (1) di Kuala Lumpur.

Pengambilalihan ini memperkukuh lagi komitmen Angkasa melalui MDSB dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada rakyat menerusi pendekatan koperasi yang inklusif dan berteraskan kebajikan masyarakat. - KitaReporters/Kenyataan Media


18
18
0
12
0
You will be interested