
MASIH belum kerja, atau belum bertemu kerja yang sesuai? Usah bimbang. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sedia membantu menyediakan landasan memperoleh pekerjaan demi menjamin masa hadapan, terutama bagi golongan asnaf.
‘Seminar Kerjaya Asnaf MAIWP’ kembali lagi. Ini merupakan Siri 3 2025. Program ini sebelum ini terbukti berjaya menyediakan latihan kemahiran serta membuka peluang kerjaya untuk masa hadapan lebih cerah.
Sehubungan kejayaaan itu, program Siri ke 3 dianjurkan oleh MAIWP pada 19 Julai 2025 ini bertempat di Dewan Kuliah, Kolej Profesional MAIWP, Taman Maluri, Kuala Lumpur dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Ibu Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Chow Kit, Kuala Lumpur.
Kepada mereka yang ingin bimbingan serta panduan memperoleh pekerjaan, memang sangat sesuai mengikuti seminar ini. Program bimbingan dan pengajian kerjaya ini disusun sebagai sebuah inisiatif khas membantu golongan asnaf khasnya mendapat kerja dalam pelbagai bidang kemahiran.
Sejajar itu, bimbingan ditumpukan kepada bidang
automatif, spa dan dan perbidanan, makanan, anak-anak istimewa, kesihatan,
elektrik dan banyak lagi.
Matlamat utama program ini menyediakan latihan komprehensif yang ditaja sepenuhnya oleh MAIWP demi membuka pintu rezeki. Lebih menarik, elaun kehadiran sebanyak RM50 diberi, terhad kepada 80 orang peserta awal.

Para perserta yang menghadiri program 'Seminar Kerja Asnaf MAIWP' Siri 2 pada April 2025.
Oleh itu jangan lepaskan peluang menghadiri program kerjaya ini jika anda sedang mencari peluang pekerjaan lebih baik. Program ini memberi peluang menyertai latihan yang memberi impak besar terhadap masa hadapan.
Anggap program ini sebagai tangga permulaan bermulanya kerjaya impian. Jika langkah permulaan tidak diambil, bagaimana hendak menempa kejayaan?
Mengejar impian dengan berbekal latihan diri tentu lebih mudah menggapai kejayaan.
Latihan kemahiran ini ditaja sepenuhnya oleh MAIWP, dengan sesi bimbingan eksklusif oleh pakar industri. Bimbingan diberi bakal memberi peluang membina masa hadapan lebih cerah.

Sebahagian perserta program 'Seminar Kerjaya Asnaf MAIWP' Siri 2 pada April 2025 tekun mendengar ceramah pembimbing.
Kepada yang minat memohon, ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi. Anda ialah ahli keluarga penerima Bantuan Sara Hidup MAIWP. Keutamaan untuk anak-anak asnaf berumur antara 17 tahun hingga 35 tahun.
Selain itu, pemohon tidak bekerja atau bekerja
dengan gaji kurang RM1,800 sebulan. Pemohon mesti berminat mendapatkan peluang
pekerjaan.
Untuk pedaftaran dan pertanyaan lanjut boleh
hubungi Ariff atau Aqilah di talian 0182262657. Usah bertangguh, segera mendaftar untuk masa hadapan gemilang. - KitaReporters