Bisnes & Ekonomi 25 Jun, 2023

Stesen pengecas EV di pejabat pos! Pos Malaysia rintis kelestarian logistik! Bersama Yinson GreenTech!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), pembekal perkhidmatan pos dan bungkusan Malaysia, pada 2 Jun 2023, mengumumkan kerjasama strategiknya bersama Yinson GreenTech (YGT) bagi pelancaran stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) yang dikuasakan oleh chargEV, rangkaian dan pengendali pengecasan EV yang terbesar di negara ini. 

Stesen pengecas EV kini tersedia setiap hari dari 7 pagi hingga 11 malam di enam Pejabat Pos Malaysia (PO) di dalam negara termasuk Shah Alam, Ipoh, Melaka, Seremban, Alor Setar dan Johor Bahru. 

Melalui pemasangan pengecas EV ini, Pos Malaysia menunjukkan komitmennya untuk memajukan penyelesaian mobiliti yang lestari dan meluaskan akses kepada sumber tenaga yang lestari. 

Pengecas ini akan dipasang secara berperingkat-peringkat, dengan rancangan untuk memperluas liputannya ke Pejabat Pos yang lain, memastikan akses yang lebih mudah untuk pemilik EV serta menyokong peningkatan jumlah kenderaan elektrik di negara ini. 

Setiap alur keluar mempunyai 1 pengecas DC dengan dua muncung jenis CCS2 (pengecasan pantas) dengan kuasa 40kW. 

Pengecasan UV sehingga 80% memerlukan masa antara 60 hingga 90 minit, bergantung pada model EV. 

Pengecas EV direka untuk memberikan pengguna EV yang juga pelanggan Pos Malaysia sebuah pengalaman pengecasan yang optimum serta memberikan prestasi pengecasan yang cekap dan boleh dipercayai. 

Selari dengan perkembangan matlamat sifar bersih, Pos Malaysia baru-baru ini menggunakan lebih 40 e-Bike untuk menghantar mel dan bungkusan di seluruh Lembah Klang tanpa melepaskan karbon. 

Menjelang akhir 2023, Pos Malaysia menyasarkan untuk mempunyai gabungan lebih 200 e-Bike dan 140 e-Van, di seluruh Semenanjung Malaysia. 


Charles Brewer (dua dari kanan) dan Eirik Barclay (dua dari kiri)


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Charles Brewer berkata, “Kerjasama ini menandakan satu langkah besar dalam komitmen berterusan kami terhadap penjagaan alam sekitar. 

"Sebagai pembekal pos dan kurier Malaysia, kami memikul tanggungjawab untuk mencipta laluan ke arah masa depan yang lebih lestari dan kami menyedari kepentingan menyepadukan kelestarian dalam setiap aspek operasi kami, serta memastikan warisan kami kekal untuk generasi akan datang.” 

“Kami sangat teruja untuk menawarkan penyelesaian mobiliti lestari untuk terus menggembirakan pelanggan kami. 

"Dengan kerjasama rakan kongsi seperti YGT, kami boleh memacu perubahan positif dalam bidang pengangkutan yang lestari dan mengurangkan kebimbangan jarak bagi pengguna EV melalui pemasangan stesen pengecas EV di PO kami. 

"Ini menunjukkan komitmen kami yang teguh untuk mengurangkan pelepasan karbon dan memajukan masa hadapan yang lebih hijau untuk Malaysia, dan ia dilengkapi melalui inisiatif kelestarian yang lebih besar termasuk matlamat sifar bersih kami,” tambahnya. 

Eirik Barclay, Ketua Pegawai Eksekutif YGT berkata, “Berdasarkan aspirasi kami untuk membantu perniagaan beralih ke arah kelestarian, kami gembira dapat bekerjasama dengan Pos Malaysia dalam melancarkan stesen chargEV kami di seluruh lokasi terpilih. 

"Ini bukan sahaja memperluas rangkaian pengecasan komprehensif kami yang menawarkan pengguna EV dengan pengalaman yang mudah dan lancar semasa mereka menjalani kehidupan seharian, malah ia memberi manfaat kepada Pos Malaysia dengan mengurangkan jejak karbon mereka, justeru mengambil langkah pertama dalam memainkan peranan bagi mempercepatkan masa depan sifar bersih.” 

Inisiatif ini juga bertujuan untuk menggalakkan pengguna EV meneroka pelbagai tawaran Pos Malaysia sambil mengecas kenderaan mereka di cawangan PO. 

Dengan memanfaatkan rangkaian luas kami di lebih 600 lokasi dan berjuta-juta kaki persegi ruang runcit dan luar, kami telah bekerjasama dengan jenama tersohor seperti Cafe Mesra, ZUS Coffee, Photobook dan chargEV untuk memperkenal penyelesaian inovatif yang dapat meningkatkan pengalaman pelanggan melalui promosi khas yang disesuaikan bagi pemandu EV semasa mengecas kenderaan EV mereka di cawangan terpilih. 

Pos Malaysia kekal berdedikasi untuk mencapai matlamat kelestariannya dalam pelbagai bidang, termasuk komitmennya untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050. 

Pos Malaysia juga merupakan peserta UN Global Compact (UNGC) dan ahli International Post Corporation (IPC) bagi program Sistem Pengurusan dan Pengukuran Kelestarian (SMMS), serta menyumbang secara aktif kepada pengurusan kelestarian dan mengurangkan jejak karbon industri pos dan bungkusan. - KitaReporters/Kenyataan Media


12
20
0
7
0
You will be interested