Bisnes & Ekonomi 11 Apr, 2023

Kopetro @ Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023! Beli belah 100 jam tanpa henti! 13-17 April 2023!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Jenama festival beli-belah terkenal, Starvendors tampil sekali lagi dengan pameran sempena Aidilfitri ini dengan penganjuran Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 (Starvendors 2023) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang akan berlangsung selama 100 jam tanpa henti bermula 13 hingga 17 April 2023.

Pernah mencipta rekod sebagai ‘Festival Raya Terpanjang Tanpa Henti’ dalam The Malaysia Book of Records dengan pameran raya selama 75 jam pada edisi tahun lalu (2022), Starvendors 2023 dijangka bakal memecahkan rekod Guinness World Records pula dengan penganjuran acara 100 jam tanpa henti kali ini.



Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (Kopetro) turut serta mengambil bahagian dalam festival bersejarah ini dengan menawarkan promosi hebat pelbagai produk dan servis yang disediakan oleh syarikat tersebut. 

Kopetro bakal membuka dua tapak pameran di festival Starvendors 2023 ini dan boleh dikunjungi di ‘booth’ bernombor 5123 dan 5154.

Antara yang pasti menjadi tarikan di ‘booth’ Kopetro pastinya koleksi baju raya Bulan Bintang yang merupakan jenama terkenal dan hangat diperkata masa kini. 

Orang ramai juga berpeluang untuk mendapatkan minyak pelincir Petronas dengan diskaun menarik terutamanya sebelum perjalanan pulang ke kampung hari raya ini.

Bukan itu sahaja, jualan produk makanan sedia-untuk-dimakan jenama LengQuas, aktiviti seperti cucian dan jualan emas, tawaran pakej pelancongan menarik dan pelbagai lagi promosi menarik boleh dinikmati engunjung di tapak pameran Kopetro. 

Promosi istimewa khas juga menanti anggota Kopetro yang berbelanja di Starvendors 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Kopetro, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah menyifatkan penyertaan ke festival Starvendors 2023 ini sebagai salah satu platform terbaik untuk mempromosikan produk-produk keluaran Kopetro khususnya makanan sedia untuk dimakan jenama LengQuas.

“Kopetro akan sentiasa mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam pelbagai acara dan festival terutama yang melibatkan penjualan produk tempatan seperti Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 ini untuk memperkenal produk keluaran Kopetro kepada lebih ramai orang,” kata Ahmad Shakir.

Tambah beliau, festival yang diadakan sempena kedatangan bulan Syawal 1444H ini adalah masa sesuai untuk pengunjung mendapatkan kelengkapan Aidilfitri khususnya produk keluaran Kopetro dengan harga promosi.



Starvendors 2023 ini akan menampilkan lebih 600 tapak pameran terdiri daripada vendor yang menjual pelbagai produk daripada makanan, pakaian fesyen Muslimah, hiasan rumah kosmetik dan banyak lagi produk persiapan raya.

Pada tahun lalu, Starvendors telah mengumpulkan lebih 350 usahawan dan 50 selebriti, dan menerima seramai 2.6 juta orang pengunjung. 

Menurut Pengarah Urusan dan Pengasas Starvendors Event Sdn. Bhd., Datuk Ifa Raziah, pihak penganjur menyasarkan lebih tiga juta pengunjung menghadiri acara yang diadakan selama 100 jam itu pada edisi tahun 2023 ini. 

Tambahnya, matlamat penganjuran kali ini adalah untuk memberi platform yang eksklusif kepada usahawan tempatan dan selebriti tanah air untuk berniaga.

Festival ini juga terkenal dengan pembabitan artis-artis tanah air yang turut sama membuka tapak pameran dan menjual produk keluaran mereka. 

Edisi kali ini menyaksikan lebih 100 orang artis bakal memeriahkan pameran ini antaranya seperti Datuk Sri Siti Nurhaliza, Datuk Sri Vida, Ramlah Ram, Noraniza Idris, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Elyana, Achey Bocey, Nadia Brian, Nana Mahazan, Izara Aishah, Shaheizy Sam, Syatilla Melvin, Sharifah Rose dan ramai lagi. - KitaReporters/Kenyataan Media


10
13
0
6
0
You will be interested