SEJAK pelancaran menu Rahmah sejak 3 Februari 2023 lalu dengan harga RM5, ramai peniaga dan pemilik restoran berebut-rebut mengambil peluang untuk mengambil inisiatif yang sama.
Apatah lagi, menu Rahmah berkenaan membantu golongan B40 untuk menikmati juadah yang lebih enak daripada sebelum ini.
Lagi menarik,restoran makanan segera McD juga difahamkan akan terlibat sama dalam Program Menu Rahmah.
Bagaimanapun, pihak restoran masih lagi belum membuat keputusan dan akan diumumkan tidak lama lagi menu bersesuaian. Harap-harap adalah ayam McD.
Lagi cara-cara menarik berkaitan baju-baju raya
Terbaharu, dikhabarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperkenal juga "Baju Raya Rahmah", dengan harapan dapat membantu golongan yang memerlukan menghadapi persediaan menyambut perayaan Aidilfitri.
Pastinya perkara itu dinanti-nantikan semua orang, apa tidaknya apabila baju raya sekarang boleh mencecah sehingga RM300 sepasang, pastinya perkara itu akan membebankan bagi mereka yang mempunyai anak yang ramai.
KPDN berkata, sesi libat urus bersama pemain industri tekstil dan pakaian sudah dibuat dan mereka akan mengumumkan maklum balas perkara itu minggu hadapan.
"KPDN akan mengumumkan syarikat atau gedung pakaian yang akan terlibat dalam program itu nanti yang prinsipnya pihak syarikat atau gedung berkenaan mungkin akan memfokuskan kepada baju raya asas melibatkan pakaian wanita dan lelaki serta anak-anak." ujarnya.
Harap-harap adalah berita baik buat mereka yang memerlukan untuk membeli sekurang-kurangnya sepasang baju baharu pada tahun ini. - KitaReporter