Jeti pelancongan Kuala Besut
Pelbagai sektor terutama yang berasaskan pelancongan, perikanan, pembalakan, pembuatan dan pembinaan di Terengganu terkesan selepas kerajaan mengumumkan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung Malaysia bermula pada 10 Jun 2024. Sektor utama tersebut adalah penyumbang terbesar kepada aktiviti ekonomi negeri itu.
Maka, tidak hairanlah selepas itu berlakunya aktiviti penyeludupan dan penyelewengan yang tidak berkesudahan sama ada di darat atau laut.
Susulan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu, tidak duduk diam, tetapi sebaliknya terus memperhebat tindakan penguatkuasaan ke atas aktiviti penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan dan bersubsidi terutama minyak diesel.
Bot pelancong menunggu penumpang ke Pulau Perhentian
Perkara
itu turut diakui Pengarah KPDN Negeri, Saharuddin Mohd Kia apabila
pihaknya menyusun gerak kerja mengerahkan penguat kuasa kementerian untuk segera turun padang
apabila menerima laporan daripada orang ramai berhubung aktiviti penyeludupan.
Buat masa ini, KPDN Terengganu begitu aktif membanteras aktiviti penyeludupan sama ada di darat atau laut bagi mempastikan bahan api tersebut tidak diselewengkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang merugikan rakyat dan negara.
Menariknya, penduduk tempatan sepakat melaporkan aktiviti di tempat masing-masing kepada KPDN dan memudahkan pihak agensi tersebut mengambil tindakan penguatkuasaan.
Saharuddin Mohd Kia
Diesel yang diseludup dirampas oleh KPDN Terengganu
Menurut statistik KPDN, menerusi Ops Tiris yang dilancarkan oleh KPDN bermula Januari 2024 hingga 9 Julai 2024, pihaknya telah melakukan pemeriksaan terhadap 1,058 kes, yang sebahagian besar berdasarkan aduan melalui orang ramai.
Menerusi peperiksaan itu, daerah Kuala Terengganu merekodkan tujuh kes, diikuti Kemaman dengan dua kes, Dungun dan Besut masing-masing (3), manakala Hulu Terengganu masih 0 kes.
Setakat ini, sejumlah 135,871 liter diesel bersubsidi dengan nilai RM1.633 juta berjaya dirampas. Manakala menerusi Ops Tiris juga pihak KPDN menangkp 14 orang warga tempatan dan seorang warga negara asing.
Semoga KPDN akan terus mempertingkat tindakan penguatkuasaan dan pemantauan ke atas aktiviti penyelewengan barang kawalan di bawah Ops Tiris 3.0 di seluruh negara dengan kerjasama rapat agensi penguatkuasaan lain bagi memastikan isu ketirisan dapat diatasi secara menyeluruh dan berkesan. - KitaReporters
Sebuah kapal yng mnyeludup diesil turut dirampas oleh KPDN Terengganu