Bisnes & Ekonomi 18 Jan, 2024

Tambah baik tatakelola Approved Permit (AP), Permit Import (IP)! Agar pengguna, industri untung! - PM

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


"Hari ini (15 Januari 2024) saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (MTEN) yang pertama untuk tahun ini (2024). 

"Bagi memperkukuh keberkesanan perbincangan dan keputusan, saya telah bersetuju menambah ahli-ahli tetap MTEN terdiri daripada Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri; Gobind Singh Deo, Menteri Digital; dan Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II.

"Mesyuarat telah menilai kemajuan pelaksanaan ke atas keputusan-keputusan yang telah dibuat MTEN pada tahun lalu (2023). 

"Terkait dengan pelaksanaan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang telah saya luncurkan pada 2 Januari 2024, mesyuarat telah membentangkan kemajuan semasa dan memberi pandangan langkah-langkah yang perlu diambil oleh agensi berkaitan. 

"Ini terutama berkaitan keselamatan data dan kaedah untuk meningkatkan jumlah pendaftaran.

"MTEN hari ini juga telah membincangkan mengenai penambahbaikan tatakelola Approved Permit (AP) dan Permit Import (IP) ke arah meningkatkan daya saing negara. 

"Adalah penting bagi Kerajaan mencari satu formula yang bukan sahaja memberi keuntungan kepada pengguna tetapi juga kepada pengeluar tempatan terutama dalam memastikan keterjaminan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi.

"Beberapa perkara turut dipersetujui, antaranya setiap agensi kawal selia yang berkaitan diminta mengemukakan kaedah penambahbaikan kepada Jemaah Menteri bagi meningkatkan kecekapan dan ketelusan proses analisis risiko import. 

"Ketua Audit Negara disaran untuk melaksanakan proses audit bagi sektor-sektor terpilih bagi memastikan pelaksanaan AP dan IP mencapai sasaran dan memenuhi matlamat yang telah ditetapkan. 

"Selain itu, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) diarahkan untuk melaksanakan kajian dan penilaian terhadap tatakelola dan pengimportan barangan halal. 

"Manakala, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) diminta mengkaji isu berkaitan kewujudan kartel dalam isu pengimportan barangan berasaskan makanan." - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dalam akaun Facebooknya pada 15 Januari 2024)


14
13
0
10
0
You will be interested