
Berita baik bagi mereka yang hendak balik kampung atau mahu bercuti raya di Langkawi. Langkawi Ferry Line Ventures Sdn. Bhd. mengumumkan bahawa tempahan tiket bagi perjalanan sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri kini dibuka.
Bagi menampung peningkatan jumlah penumpang pula jadual perjalanan feri akan akan ditambah mengikut permintaan.

Norhafiz Abdul Wahid.
Menurut Leftenan Komander
(B) Norhafiz Abdul Wahid, Pengurus Operasi Langkawi Ferry Line Ventures Sdn.
Bhd., perkhidmatan feri bagi laluan Langkawi-Kuala Kedah dan Langkawi-Kuala
Perlis akan beroperasi seperti biasa dengan tiga perjalanan pergi balik setiap
hari sehingga 27 Mac 2025.
Manakala jumlah perjalanan pula akan ditingkatkan kepada lima trip sehari bagi memenuhi permintaan yang tinggi menjelang Aidilfiti nanti.
"Kami menyarankan penumpang untuk membuat tempahan tiket lebih awal bagi mengelakkan kesesakan terutama kepada mereka yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri," katanya.

Jeti Kuala Perlis dan Kuala Kedah sentiasa menjadi tumpuan setiap kali perayaan.
Dalam pada itu beliau turut
memaklumkan jadual perjalanan turut mengambil kira faktor pasang surut air
dengan perkhidmatan feri bermula seawal 7.00 pagi dan perjalanan terakhir pada
pukul 7.00 petang.
Untuk maklumat lanjut serta tempahan tiket orang ramai boleh menghubungi Langkawi Ferry Line Ventures Sdn. Bhd. atau membuat tempahan secara dalam talian di www.langkawiferryline.com atau www.cuticutilangkawi.com atau melalui talian 017-4899885.
Penduduk tempatan dan pelancong juga digalakkan merancang perjalanan lebih awal dan mengikuti perkembangan terkini mengenai jadual feri melalui saluran rasmi bagi mengelakkan sebarang kesulitan. - KitaReporters
