Bisnes & Ekonomi 20 Jul, 2023

Transformasi Pusat Beli-Belah Alamanda, Putrajaya! Untuk beri pengalaman terbaik buat para pelanggan!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Kumpulan Pengurusan Suria KLCC Sdn Bhd telah mewartakan pelan pembangunan Pusat Beli-Belah Alamanda yang kini mengukuhkan lagi komitmen untuk memberi pengalaman yang terbaik buat para pelanggan di Putrajaya. 

Ini merupakan pembaharuan terbesar untuk Pusat Beli-Belah Alamanda sejak pembukaannya pada tahun 2004. 

Proses pembangunan telah pun bermula pada 20 Jun 2023 dan bakal dilancarkan pada suku keempat tahun 2024. 

Projek pengubahsuaian ini merupakan projek pembangunan yang terbesar yang dilancarkan oleh pemilik premis, Putrajaya Holdings Sdn Bhd pada tahun ini (2023). 



Projek pengubahsuaian ini akan membawakan kepelbagaian rangkaian butik dan rakan niaga bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. 

Dengan penambahan keluasan “Net Lettable Area (NLA)” sebanyak 50,000 kaki per segi, pembaharuan Alamanda ini bakal menjanjikan pengalaman membeli belah yang lebih sempurna. 

Sejajar dengan usaha penambahbaikan ini, Alamanda juga menampilkan pelbagai tawaran hiburan yang menarik untuk setiap lapisan umur. 

Antara pembaharuan yang bakal diperkenalkan adalah pawagam mesra keluarga dan pusat boling serba baharu. 

Sebuah taman pengembaraan juga bakal diperkenal yang menjanjikan pengalaman yang sukar dilupakan untuk seluruh keluarga dan rakan taulan. 

Projek pembangunan semula ini juga akan membawakan pembaharuan landskap dari sudut reka bentuk dan penggunaan. 

Ia akan dilengkapi dengan pelbagai konsep tumbuhan hijau serta ruang santai dan rehat yang menjadikan kawasan luar Pusat Beli-Belah Alamanda lebih bermanfaat. 



Penambahbaikan dalaman akan menampakkan suasana moden dan elegan. Pusat Beli-Belah Alamanda bakal dikemas kini dengan lantai marmar dan selusur tangan serba baharu menampilkan kemasan moden. 

Selain daripada pelbagai unsur menarik yang diperkenal, projek naik taraf ini juga akan menyediakan ruang legar khusus untuk pelbagai aktiviti penglibatan masyarakat, menyokong barisan rakan perniagaan yang secara tidak langsung mampu menggalakkan kehadiran pengunjung. 

Alamanda juga akan menambah baik blok-blok parkir bagi melancarkan lagi aliran trafik yang mengambil kira peningkatan kehadiran pelanggan. 

“Alamanda sentiasa menjadi suatu tempat yang bukan hanya dilihat sebagai Pusat Beli-Belah. Ia juga merupakan tempat di mana keluarga, sahabat handai dan seluruh komuniti berkumpul untuk meluangkan masa bersama,” menurut Andrew Brien, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC. 

“Pembangunan semula ini pastinya dapat meningkatkan daya tarikan dan Alamanda akan sentiasa berada dekat di hati. 

"Kami memperinci semula kemasan dalaman untuk memberikan rupa bentuk dan suasana yang baharu. Transformasi ini bakal mengangkat Alamanda sebagai hub komuniti yang lebih meriah dan menjadi pilihan pengunjung,” tambah beliau. 



Pusat Beli-Belah Alamanda dihubungkan oleh tiga lebuh raya utama iaitu, Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuh Raya Mex (MEX) dan juga Lebuh Raya PLUS bagi memudahkan para pelanggan untuk mengunjunginya, di samping sistem perhubungan awam yang kondusif. 

"Kedudukan demografinya yang strategik, di mana selain permastautin, terdapat lebih 76,000 pekerja profesional dan 147,000 jumlah pelajar, daripada setiap lapisan golongan dan umur di sekitarnya. - KitaReporters/Kenyataan Media


10
11
0
10
0
You will be interested