Bisnes & Ekonomi 01 Aug, 2025

RMK13| Kota Madani diperluas! Sasar 1j rumah 2026-2035! STR, SARA, Payung Rahmah diperhebat! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Konsep Kota Madani akan diperluas sebagai model pembangunan perumahan mampu milik yang seimbang dan terangkum bagi mencapai sasaran membina sejuta rumah mampu milik bagi tempoh 2026–2035. Bagi mengurangkan beban kepada orang-orang susah dan memerlukan, Inisiatif seperti STR (Sumbangan Tunai Rahmah), SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dan Payung Rahmah akan terus dilaksana dan diperhebat. - KitaReporters




Konsep Kota Madani akan diperluas sebagai model pembangunan perumahan mampu milik yang seimbang dan terangkum bagi mencapai sasaran membina sejuta rumah mampu milik bagi tempoh 2026–2035.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) menetapkan sasaran membina sejuta rumah mampu milik (RMP) bagi tempoh 2026-2035 untuk memastikan lebih ramai rakyat memiliki kediaman selesa dan berkualiti.

"Ini sekali gus bakal menangani isu harga rumah yang tidak sepadan dengan pendapatan rakyat," katanya semasa membentangkan rancangan sepuluh tahun negara itu di Dewan Rakyat pada 31 Julai 2025.

Katanya. Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dan Skim Sewa untuk Beli (RTO) akan diperluas, manakala teknologi binaan moden dimanfaat untuk mempercepat pembinaan dan mengurangkan kos. 

"Konsep Kota MADANI juga akan diperluas sebagai model pembangunan perumahan mampu milik yang seimbang dan terangkum," tambahnya.



Selain itu, katanya, RMK13 turut menggariskan strategi serampang dua mata bagi menangani kos sara hidup, yakni membendung kenaikan harga serta menjamin pendapatan wajar dan akses kepada keperluan asas seperti makanan, pendidikan, kesihatan dan perumahan. 

"Inisiatif yang mengurangkan beban kepada orang-orang susah dan memerlukan seperti STR (Sumbangan Tunai Rahmah), SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dan Payung Rahmah akan terus dilaksana dan diperhebat demi meringankan beban rakyat," tegas Anwar.

Kata beliau, RMK13 juga memperluas bantuan kepada pelajar melalui 17 bentuk sokongan, termasuk RMT (Rancangan Makanan Tambahan) dan Biasiswa Persekolahan. 

"Beban bil utiliti dikurangkan menerusi tarif baharu, manakala Pakej Rahmah untuk internet dan insurans serta subsidi pengangkutan awam dan penerbangan kekal diteruskan.

"Ini semua bagi memastikan kesejahteraan rakyat kekal menjadi keutamaan Kerajaan Madani," jelas Perdana Menteri. - KitaReporters/Kenyataan Media


9
16
0
10
0
You will be interested