Bisnes & Ekonomi 18 Aug, 2025

Ipon Sentral contoh terbaik! Pembangunan berteraskan nilai Madani! Kukuhkan identiti bandar raya! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this


Projek pembangunan Ipoh Sentral diyakini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi contoh terbaik pembangunan berteraskan nilai-nilai Madani.

Beliau berkata, Kerajaan Madani tidak mahu lagi pembangunan fizikal yang megah tetapi kosong daripada jiwa budaya. 

Sebaliknya, katanya, setiap pembangunan mesti membawa roh kemanusiaan yang menjunjung prinsip ihsan, hormat, kelestarian, dan maruah bangsa.

"Untuk merealisasikan hasrat ini, ia memerlukan sinergi dan kerjasama erat antara pemaju, pihak berkuasa bandar raya, serta kementerian-kementerian berkaitan termasuk Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengangkutan, dan agensi-agensi lain yang relevan.

"Moga pembangunan ini membuka pintu peluang baharu, menyemai keyakinan warga, dan memperkukuh identiti Ipoh sebagai sebuah bandar raya yang hidup, inklusif dan berdaya saing," jelas beliau.



Terdahulu Perdana Menteri meluncurkan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Ipoh Sentral di Ipoh pada 17 Ogos 2025.

Ipoh Sentral adalah sebuah lagi projek berskala besar yang dibangunkan sepenuhnya melalui inisiatif swasta hasil kolaborasi strategik antara Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan Perbadanan Aset Keretapi (RAC).

"Dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) keseluruhan sebanyak RM6.25 bilion, projek ini bakal menjadi mercu tanda ikonik baharu di tengah-tengah Bandar Raya Ipoh, sekali gus mencerminkan kemajuan yang berpaksikan wawasan jangka panjang," tambah beliau. - KitaReporters/Kenyataan Media


11
17
0
10
0
You will be interested