Bisnes & Ekonomi 30 Nov, 2022

Bajet bagi 2023! Wanita mengandung di Terengganu akan terima Baucer Pakej Berpantang! Bernilai RM200!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this


GOLONGAN wanita khususnya para ibu yang akan melahirkan anak di Negeri Terengganu bakal menikmati bantuan baharu melalui Baucer Pakej Berpantang yang diperkenal oleh kerajaan negeri berkenaan. 

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bantuan tersebut bakal memberi manfaat kepada wanita yang berkelayakan.

Katanya,bantuan khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak, menerusi pemberian Baucar Pakej Berpantang bernilai RM200 bagi penjagaan selepas bersalin.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bajet atau belanjawan

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika sesi pembentangan Belanjawan Negeri Terengganu 2023


“Bantuan ini dijangka akan memberi manfaat kepada sekitar 5,000 orang wanita yang layak,” katanya dalam ucapan Belanjawan Terengganu 2023 Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Keempar Belas (Bajet) di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, pada 28 November 2022. 

Bantuan tersebut menjadi salah satu inisiatif dalam Teras 1, Rakyat Disantuni menjangkaui seluruh kelompok masyarakat di negeri tersebut.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu yang menghadiri sidang Pembentangan Belanjawan Terengganu 2023


Kerajaan Negeri membentangkan Belanjawan bagi 2023 dengan jumlah RM1.991 bilion untuk perbelanjaan mengurus, berbanding RM1.657 bilion tahun 2022 bertemakan ‘Memacu Terengganu Berdaya Tahan’. 

Daripada jumlah itu,RM500 juta untuk Perbelanjaan Pembangunan dan RM30 juta untuk Perbelanjaan Bekalan Air.

Katanya,walaupun harga minyak mentah Brent dijangka menurun pada tahun hadapan justeru bakal memberi kesan kepada hasil Kerajaan Negeri, namun kita tetap membuat keputusan berani dan penuh bertanggungjawab untuk mengembangkan perbelanjaan bajet.



“Belanjawan kali ini melebihi 20 peratus berbanding belanjawan (20220 lalu. Keputusan ini adalah demi memastikan pertumbuhan ekonomi dan status sosioekonomi di negeri kita dapat terus mengukuh,” kata Menteri Besar.

Selain itu, kata Dr Dr Ahmad Samsuri, pemberian Pencen Rakyat bernilai RM600 juga akan diteruskan dengan peruntukan berjumlah RM15 juta melibatkan 25,000 penerima. 

Beliau berkata, kerajaan juga berhasrat meneruskan program Kad Sejahtera dengan penambahan jumlah penerima kepada 25,000 orang pada tahun 2023 selain RM4 juta lagi bagi program Wad Kelas 3 Percuma di semua hospital kerajaan di negeri ini. - KitaReporters


 

9
16
1
12
0
You will be interested