Bisnes & Ekonomi 02 Oct, 2023

Memperkasa usahawan, perniagaan kecil! Hadirkan diri pada eKelas Usahawan! Lebih 5,000 peserta sudah!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Usahawan dan perniagaan kecil terus mendapat manfaat daripada eKelas Usahawan, salah satu program komuniti utama Maxis di bawah inisiatif tanggungjawab korporatnya. 

Menyedari kepentingan meningkatkan kemahiran digital dalam dunia yang saling berhubung hari ini, lebih 5,000 peserta telah mendaftar untuk program ini sejak pelancarannya pada 2021. 

Sesi Latihan dijalankan dalam bentuk gabungan webinar dan bengkel fizikal di seluruh negara.

eKelas Usahawan ialah program pemasaran digital percuma yang bertujuan untuk melengkapkan usahawan dan perniagaan kecil terutama daripada segmen B40, dengan alat dan kemahiran asas digital untuk memperluas kemahiran digital mereka. 

Terdapat empat modul yang diliputi - pemasaran dan strategi digital, fotografi digital dan reka bentuk grafik, kemahiran menulis, dan perancangan kempen. 

Melalui sesi komprehensif ini, para peserta berpeluang untuk memperoleh pandangan yang berharga dan pengetahuan praktikal untuk diaplikasikan dalam perniagaan masing-masing.

Untuk menggalakkan lebih ramai peserta menyertai program ini, Maxis telah bekerjasama dengan pelbagai badan bukan Kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan untuk sesi khusus. 

Tahun ini (2023), eKelas Usahawan berjaya mengadakan 22 bengkel fizikal dan webinar untuk 1,903 usahawan di Miri, Kuantan, Langkawi, Pasir Mas dan bandar-bandar lain di seluruh negara. 



Inilah ulasan daripada peserta yang menghadiri sesi terbaharu ini :

“Selepas menghadiri bengkel ini, saya pelajarii cara untuk fokuskan pengiklanan kepada khalayak khusus. Dengan menggunakan pengetahuan yang baru saya perolehi, saya mengujinya dengan satu iklan dalam talian  dan ia telah terbukti berkesan!” kata Nur Syahirah Barhan, pemilik kedai optik di Miri, Sarawak.

“Mencapai pasaran sasaran yang betul adalah salah satu cabaran untuk perniagaan kami. Terima kasih kepada apa yang kami pelajari daripada bengkel eKelas Usahawan, kami kini mengetahui cara yang lebih berkesan untuk mengenal pasti khalayak sasaran kami dan meningkatkan penglibatan dengan pelanggan kami,” kata Najwa Natasha Che Nasir, pemilik kedai barang kemas di Kota Bharu, Kelantan.

Dzunija Jaldin dari Kota Belud, Sabah, yang mengendalikan perniagaan produk buatan sendiri berkata: “Apabila saya menyertai perniagaan dalam talian, saya mengikuti arah aliran pasaran tanpa menjalankan penyelidikan yang betul, dan ini mengakibatkan daya tarikan yang rendah untuk perniagaan saya. Selepas bengkel tersebut, kini saya lebih memahami pelanggan saya dan juga dapat mencipta kandungan berkualiti yang disesuaikan dengan keperluan mereka."

Sementara itu, Roseliani Zakariah dari Pulau Pinang, yang mengendalikan perniagaan makanan dalam talian berkata dia berjaya memperoleh kemahiran baharu seperti penulisan salinan dan memanfaatkan sembang AI untuk meningkatkan laman Facebook perniagaannya.



“Kami gembira melihat pertumbuhan mantap program eKelas Usahawan yang sejajar dengan agenda digital kerajaan dalam pendigitalan perniagaan. 

"Penyertaan yang ramai ini amat menggalakan dan kami berharap lebih ramai usahawan mengambil kesempatan daripada program yang mudah tetapi berkesan ini,” kata Mariam Bevi Batcha, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis. - KitaReporters/Kenyataan Media

12
8
0
19
0
You will be interested