Bisnes & Ekonomi 25 Mar, 2023

Bina bakat teknologi untuk pertanian pintar! Usaha sama FESSB, Airasia Academy! Bagi perkasa belia!

@gamal nasir mohd ali
Seorang wartawan selama lebih 30 tahun selepas menyertai Utusan Melayu pada 1989. Bergelumang dalam bidang Online sejak 2000 dan kini mengendali KitaReporters dan UtusanPress. Emel: [email protected]

Share this


Sektor pertanian negara bakal menerima manfaat dari lebih ramai bakat teknologi untuk memacu kemajuan teknologi industri tersebut hasil usaha sama strategik antara platform pendidikan teknologi Capital A, Airasia Academy dan FELCRA Education Services Sdn Bhd (FESSB).

Di bawah kerjasama itu, Airasia Academy dan FESSB akan menggembleng kekuatan dan sumber masing-masing untuk membina bakat teknologi yang sedia industri untuk sektor pertanian pintar.

Objektif utama usaha sama itu memberi fokus kepada usaha kolaboratif untuk memperkasa belia terutama dari kawasan luar bandar dan mencungkil potensi sebenar mereka dengan pengetahuan dan kemahiran bersesuaian dalam teknologi-teknologi yang berkaitan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sektor pertanian

Aireen Omar dan Pengurus Besar FELCRA Education Services Sdn. Bhd. (FESSB), Dato’ Hazrinor Hisham Harun bergambar selepas memeterai usaha sama strategik di Kuala Lumpur pada 23 Mac 2023.


Presiden (Pelaburan dan Usahaniaga) Capital A, Aireen Omar berkata, “FESSB dan Airasia Academy berkongsi matlamat sama untuk menghasilkan bakat berpengetahuan dilengkapi set kemahiran agar lebih berdaya saing dan meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam industri

“Bersama kami boleh memacu dan mempercepat pembangunan bakat teknologi berkualiti merangkumi belia luar bandar dengan memberikan mereka bukan sahaja kecekapan teknikal malah kemahiran insaniah yang diperlukan untuk meningkatkan lagi manfaat yang diperoleh dari model pertanian pintar FELCRA.”

Airasia Academy merupakan platform teknologi pendidikan sehenti serantau yang menawarkan ekosistem komprehensif untuk memenuhi keperluan pendidikan dan pekerjaan semua pelajar agar mereka lebih berdaya saing, dengan kebolehpasaran tinggi dan mudah diadaptasi untuk revolusi industri masa depan.

Platform itu turut menawarkan pembelajaran atas permintaan (ODL) yang mampu milik, mudah diakses dan inklusif selain latihan pengajar diterajui atau Instructor-Led Training (ILT) bagi kursus teknologi popular seperti Pemasaran Digital, Infrastruktur Awan, Analisis Data, Kejuruteraan Perisian dan Keselamatan Siber sehingga System Pengurusan Pembelajaran (LMS) yang memperkemas proses pembelajaran selain Penempatan Kerja untuk para graduan. - KitaReporters/Kenyataan Media


14
17
0
9
0
You will be interested