Bisnes & Ekonomi 13 Mar, 2023

Terbaiklah Mr DIY! Inisiatif Walk with Style! Giat promosikan usaha kitar tinggi atau uncycling!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Apabila Malaysia mengubah peraturan mengenai warna kasut sekolah standard di sekolah-sekolah kebangsaan dari warna putih ke hitam, ia menyebabkan bekalan kasut kanvas putih melebihi permintaan di seluruh negara.

Bagi mengelakkan kasut-kasut tersebut terbuang begitu saja, peruncit perkakas rumah kegemaran Malaysia, Kumpulan Mr DIY [M] Berhad telah mencipta satu idea yang inovatif - melibatkan murid-murid sekolah dalam proses kitar tinggi atau upcycling dan memberi nafas baharu kepada kasut-kasut tersebut. 

Inisiatif "Walk with Style" (Jalan dengan Bergaya) Mr DIY, yang merupakan kerjasama dengan Soroptimist International Damansara (SID), telah menyaksikan lebih 750 murid sekolah dari Selangor, Perak, Kedah, dan Kuala Lumpur menggunakan bekalan peralatan seni dari Mr DIY  untuk mencipta pelbagai jenis kasut sekolah yang menyeronokkan dan bergaya dengan rekaan yang unik dan tersendiri.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan usaha kitar semula


Murid-murid tersebut berasal dari Pusat Pembelajaran Edufun, Ipoh, Perak; Sekolah Kebangsaan Tunku Bendahara, Kodiang, Kedah; Rumah Aman Sungai Buloh, Selangor; Pusat Pembelajaran Komuniti Pelarian Myanmar (MRCLC); dan Program Perumahan Rakyat (PPR) Pinggiran Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Para sukarelawan dari Mr DIY Cares dan Soroptimist International turut membantu dan memberi panduan kepada murid-murid tersebut. Mr DIY juga menyediakan peralatan seni seperti pen marker, cat, berus lukis, aksesori, dan serbuk kilat.

Secara keseluruhan, sebanyak lebih 750 pasang kasut sekolah putih telah dikitar tinggi (upcycling).



Mengulas tentang usaha ini, jurucakap dari Mr DIY berkata, "Matlamat Mr DIY adalah untuk menjadi sebuah perniagaan mampan yang memberi impak positif pada komuniti di mana kami beroperasi, dan sebahagian daripada usaha ini adalah dengan memainkan peranan dalam mendidik rakyat Malaysia mengenai keperluan untuk mengguna semula, mengurangkan, mengitar semula dan mengitar semula bernilai tambah. Inilah salah satu cara kita membina masyarakat yang mampan.

"Inisiatif seperti "Walk with Style" menerapkan pemahaman prinsip kelestarian dalam generasi muda kita, sambil menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, menarik dan kreatif. 

"Inilah juga selaras dengan cita-cita kami untuk membina budaya buat sendiri (DIY) yang lebih kuat dalam kalangan rakyat Malaysia," katanya.

Jurucakap tersebut juga turut mengucapkan terima kasih bagi pihak Mr DIY. kepada SID dan menyatakan bahawa program-program mendekati masyarakat yang dianjurkan bersama telah berjaya kerana sokongan yang padu daripada begitu ramai pihak,  seperti program "Walk with Style", dengan SID. 

Beliau menggalakkan lebih banyak syarikat korporat untuk bekerjasama dengan organisasi seperti SID untuk menghasilkan impak yang positif kepada komuniti.



Ini bukan kali pertama Mr DIY bekerja dengan SID.

Pada bulan Disember 2021, syarikat itu bekerjasama dengan organisasi tersebut untuk membantu 45 keluarga di Kampung Orang Asli Sungai Kepong dengan membekalkan peralatan perlindungan diri untuk memerangi pandemik. 

Kedua-dua organisasi itu juga bersatu tenaga untuk menyediakan barang-barang keperluan harian untuk rumah kanak-kanak dan pusat-pusat pendidikan di seluruh negara pada tahun 2021 dan 2022. 

Mr DIY juga bekerjasama dengan Soroptimist International Kota Kinabalu (SIKK), untuk mengedarkan bekalan barangan keperluan ke 40 keluarga Kampung Gana, Kota Marudu, Sabah. 

Selain itu, SIKK juga membantu peruncit untuk mengedarkan lebih daripada 22,000 kit ujian kendiri ke hospital, jabatan kesihatan negeri, dan pelbagai organisasi di Kota Kinabalu dan Putatan, Sabah, dan Miri, Sarawak dari Oktober hingga Disember 2022. - KitaReporters/Kenyataan Media



8
12
0
16
0
You will be interested