Bisnes & Ekonomi 04 Jan, 2024

Video| Jom daftar segera dengan sistem PADU! Pastikan hak orang susah tak dirampas, disalahsalurkan!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


"Mengapa Kerajaan lancarkan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU)?

"Selama ini Kerajaan membelanjakan sekitar RM22 bilion untuk membantu rakyat miskin dan mereka yang memerlukan khususnya di desa dan pedalaman. 

"Namun, semua kajian menunjukkan tidak semua peruntukan ini sampai kepada golongan sasar kerana wujud pelbagai ketirisan. 

"Bahkan subsidi yang kini berjumlah hampir RM80 bilion yang sepatutnya hanya dinikmati orang-orang susah, turut dinikmati 3.5 juta warga asing dan golongan maha kaya.

"Mana mungkin masih wujud miskin tegar dalam negara ini sekiranya perbelanjaan berjumlah RM22 bilion dan subsidi RM80 bilion itu semuanya sampai kepada golongan miskin dan orang-orang susah.

"Kerana itu saya tidak sanggup untuk membiarkan ketirisan dana Kerajaan ini berterusan atau membenarkan hak orang-orang susah dirampas golongan kaya dan berkemampuan.

"Justeru, PADU dilancarkan dengan tujuan menghentikan ketirisan dan kebocoran ini bagi memastikan hanya mereka yang berhak dapat menikmati subsidi serta manfaat lain menerusi penyasaran subsidi yang berkesan.

"Pendaftaran PADU dibuka secara langsung bermula semalam (2 Januari 2024) sehingga 31 Mac 2024 bagi membolehkan orang ramai mengemas kini serta mengesahkan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat.

"Semua rakyat berumur 18 tahun ke atas perlu mendaftar dan membuat semakan data dalam portal PADU yakni https://padu.gov.my/." - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akaun Facebooknya pada 4 Januari 2024


15
10
0
14
0
You will be interested