Bisnes & Ekonomi 15 Apr, 2025

Keprihatinan digital! Mangsa letupan gas terima sumbangan peranti elektronik! Bernilai RM300 ribu!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Kementerian Digital telah menyalurkan sumbangan peranti elektronik bernilai anggaran RM300,000 kepada mangsa tragedi letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya. 

Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban mangsa yang kehilangan atau mengalami kerosakan pada peranti elektronik mereka. 

Inisiatif ini diterajui agensi-agensi di bawah Kementerian Digital, termasuk Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), MyDigital Corporation, dan Digital Nasional Berhad (DNB), yang memainkan peranan utama dalam mengumpul barangan sumbangan.

Antara peranti elektronik yang disumbangkan termasuk 500 unit ‘power bank’, 150 unit bag sekolah dan alat tulis, 100 unit tablet, 138 unit komputer riba, 4 unit mesin cetak dan pelbagai barangan lain. 



Semasa lawatan Menteri Digital, Gobind Singh Deo, ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights sebelum ini, beliau dimaklumkan bahawa ramai mangsa kehilangan peranti elektronik seperti telefon pintar dan komputer riba yang menjadi keperluan utama dalam kehidupan harian mereka. 

Barangan peranti elektronik ini telah disumbangkan oleh MDEC, Payments Network Malaysia (PayNet), Kiddocare Sdn Bhd, Huawei Malaysia, PIKOM, Sri Computers Sdn Bhd, Dell Technologies, Jirnexu Malaysia Sdn Bhd, Lenovo Malaysia, Ant International, Acer Malaysia serta penderma-penderma persendirian. 

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Dato' Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor; Anuar Fariz Fadzil, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC; serta barisan pengurusan tertinggi para penyumbang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights. 

Agihan barangan pada 11 April 2025 itu telah diuruskan oleh Menteri Besar Incorporation (MBI). - KitaReporters/Kenyataan Media


10
8
0
10
0
You will be interested