Bisnes & Ekonomi 02 Apr, 2023

Berita baik buat penghantar Foodpanda! Kempen double tips, double love! Setiap tip akan dipadankan!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Bagi menzahirkan penghargaan kepada ramai penunggang dan pejalan kaki penghantaran yang sentiasa bekerja keras untuk menghantar makanan dan barangan runcit, Foodpanda melancarkan kempen ‘double tips, double love’ pada bulan April 2023 ini.

Dalam kempen ini, Foodpanda akan memadankan setiap ringgit tip yang diberikan oleh pelanggan kepada penunggang penghantaran melalui aplikasinya, memberi peluang kepada mereka untuk menggandakan jumlah tip yang diterima.

Begitu juga dengan semua tip yang diberikan oleh pelanggan kepada rakan penghantaran menerusi aplikasi Foodpanda, 100 peratus tip yang diperolehi oleh mereka semasa kempen ini akan dikreditkan sepenuhnya ke dalam akaun penunggang penghantaran tanpa sebarang caj tambahan.



Inisiatif ‘double tips, double love’ ini akan berlangsung pada setiap Jumaat dalam bulan April 2023 di Malaysia dan ia juga akan diperkenal di lima pasaran lain di seluruh Asia termasuk Singapura, Pakistan, Bangladesh, Kemboja, dalam format berbeza dan mengikut fasa. 

Kempen ini dijangka akan memberikan manfaat kepada lebih 124,000 penunggang penghantaran di Asia.

“Rakan penghantaran kami adalah teras kepada perniagaan kami dan kami mahu melakukan sedaya upaya kami untuk memastikan bahawa kebajikan mereka sentiasa dijaga,” kata Kelvin Chan, Pengarah Operasi Foodpanda Malaysia. 

“Kempen ‘double tips, double love’ ini hanyalah salah satu daripada pelbagai cara yang dilakukan oleh Foodpanda untuk membantu penunggang penghantaran kami dan memberikan mereka pengiktirafan serta penghargaan yang patut mereka terima. 

"Semoga dengan inisiatif ini di mana penunggang penghantaran boleh menggandakan tip mereka, ia akan memberi motivasi kepada mereka untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan Foodpanda,” ujar beliau.

“Saya juga berharap pelanggan kami juga akan lebih bermurah hati dalam semangat Ramadan dan yakin bahawa 100 peratus tip akan disalurkan terus kepada rakan penghantaran kami,” tambah Chan.



Pertama kali diperkenal pada 2021 ketika pandemik sedang memuncak, ciri pemberian tip ini memudahkan pelanggan untuk berterima kasih dan beri penghargaan kepada penunggang penghantaran mereka dengan cara yang mudah dan selamat. 

Menerusi fungsi ini, pelanggan boleh memasukkan jumlah tip mereka dengan mudah sebelum membuat pembayaran untuk pesanan dalam talian mereka. 

Sejak ia dilancarkan, ciri ini telah mendapat maklum balas positif daripada kedua-dua pihak pelanggan dan penunggang penghantaran dengan Malaysia menjadi antara pelanggan yang paling bermurah hati di rantau ini.

Foodpanda sentiasa mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan rakan penghantarannya menerusi pelbagai program dan inisiatif yang dianjurkan di Malaysia dan seluruh Asia. 

Ia adalah kunci kepada usaha untuk membina persekitaran kerja yang positif, selamat dan terjamin untuk semua.

Di Malaysia, rakan penghantaran mempunyai perlindungan insurans untuk kemalangan, hilang upaya kekal serta kematian, bagi memastikan waris mereka mendapat pembelaan dari segi kewangan jika berlakunya kemalangan jalan raya yang tidak dijangka semasa syif mereka.

Dalam usaha memperkasa rakan penghantaran yang mahu meningkatkan kemahiran mereka dan pada masa sama meletakkan mereka di atas landasan ke arah pertumbuhan kerjaya, Foodpanda Malaysia turut menaja yuran tuisyen universiti atau kolej sehingga setahun penuh untuk lima rakan penghantarannya. 

Ini adalah sebahagian daripada pelbagai insentif yang ditawarkan khusus untuk penunggang dan pejalan kaki penghantaran.

“Foodpanda sentiasa mencari jalan bagi menambah baik cara bagaimana kami dapat mewujudkan persekitaran kerja yang positif untuk rakan penghantaran kami. 

"Kempen ‘double tips, double love’ ini adalah tambahan kepada senarai inisiatif kami yang sentiasa berkembang,

khusus untuk penunggang penghantaran kami atas dedikasi dan usaha yang sentiasa mereka berikan untuk setiap pesanan dan pelanggan,” jelas Chan. - KitaReporters/Kenyataan Media


12
18
0
14
0
You will be interested

Skim Bantuan Modal Tani diteruskan! Kepada petani, penternak, nelayan! RM9j dikeluarkan 2019-2023!

Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) pertanian petani penternakan penternak perikanan nelayan pinjaman tanpa faedah Tabung Bencana Pertanian (TBP) dasar agromakanan

Tahun Baharu Cina 2024! KPDN wartakan 11 jenis barangan! Laksana Skim Harga Maksimum Musim Perayaan!

Tahun Baharu Cina Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup KPDN Terengganu Skim Harga Maksimum Musim Perayaan SHMMP harga barang kawalan harga
Mohammad Ishak in Bisnes & Ekonomi 1 week ago

Negara membangun jadi penyumbang perdagangan dunia! Jika sektor logistik, rantaian bekalan diperkukuh!

Negara membangun perdagangan global sektor logistik rantaian bekalan ASEAN kursi Ismail Sabri Yaakob Universiti Teknologi Rajamangala Thanyaburi RMUTT simposium
Editor 2 in Bisnes & Ekonomi 1 week ago

Berita baik bagi penjawat awam! Bayaran insentif RM2,000 dan RM1,000! Penyelarasan gaji diselesaikan!

Anwar Ibrahim Malaysia Madani bayaran insentif penjawat awam penyelaras gaji kakitangan awam Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Sumbangan Tunai Rahmah (STR) MoF
Editor 2 in Bisnes & Ekonomi 2 weeks ago

Pembiayaan peribadi kadar istimewa! CBP, Angkasa kukuhkan hubungan! Tandatangan Dokumen Kerjasama!

Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia (CBP) Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) pakej pembiayaan peribadi kadar istimewa Dokumen Kerjasama
Editor 2 in Bisnes & Ekonomi 2 weeks ago