Bisnes & Ekonomi 19 Jul, 2023

Sertai seminar TVET menuju ke arah IR 4.0! Anjuran Advance Retro Solution, KSM, JTM! 20 Julai 2023!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this


Advance Retro Solution Sdn. Bhd. (ARS) sebuah syarikat yang pengalaman dan berkepakaran berkaitan pembekalan  dan penyelesaian kejuruteraan untuk latihan TVET bekerjasama dengan pengeluar dan prinsipal terkemuka di dunia untuk memberi penyelesaian teknologi kejuruteraan yang meliputi bidang teknologi mekanikal, teknologi automotif, perisian kejuruteraan, sistem automasi, ‘Internet of Things’ (IOT) bagi memenuhi keperluan kemahiran dan permintaan IR 4.0 (Industri 4.0).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Nizam Morad berkata, seminar TVET Towards IR 4.0 yang akan diadakan ini selari dengan hasrat kerajaan melalui Majlis TVET Negara (MTVET) untuk memastikan latihan kemahiran TVET yang dilaksanakan di dalam negara ini.


Mohd Nizam Morad. 


Katanya, dengan perubahan teknologi dan memenuhi keperluan industri kini maka syarikatnya dengan Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) akan menganjurkan seminar ini pada 20 Julai 2023 (Khamis)  pada jam  9.00 bertempat di Advance Retro Solution yang beralamat di No. 3-G Jalan MU 1/1D, Seksyen 1, Taman Perindustrian Meranti Utama, 47120 Puchong, Selangor.

“Sehingga kini dianggarkan lebih 80 peserta dari Malaysia dan luar negara yang terdiri dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Institusi TVET seperti Advanced Technology Training Centre (ADTEC), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Politeknik, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Institut Kemahiran Mara (IKM), Kolej Vokasional (KV), dan sebagainya telah mengesahkan kehadiran mereka,” ujarnya ketika dihubungi.




Beliau yakin dengan penyertaan dan kerjasama dalam membangunkan kerjasama TVET ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keberhasilan latihan kemahiran TVET dalam kalangan belia nanti.

Sempena seminar berkaitan IR 4.0 ini beberapa MoU antara pihak industri dan akademik tempatan serta antarabangsa juga akan ditandatangani pada majlis tersebut nanti.

Dalam pada itu, hasil kerjasama dalam program ini, Institut Latihan JTM (ILJTM) melalui Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI), akan menerima ‘Robot Simulator’ bagi tujuan percubaan dalam tempoh tiga bulan yang merangkumi latihan ‘robot programming’ dan ‘simulator’, yang merupakan satu kaedah pengajaran secara efektif dan berkesan. 



Sementara itu, sebagai tanda sokongan kepada JTM dan KSM, latihan aplikasi akan diberi secara percuma  kepada tenaga pengajar JMTI. 

Pada fasa yang seterusnya, ‘Robot Simulator’ tersebut akan memainkan peranan penting dalam proses ‘Digital Twin’ dengan robot industri, dan juga ‘IR 4.0 Teaching Factory’ dan integrasi dengan teknologi IOT. 

Semoga usaha ini akan menjadi landasan terbaik bagi untuk menyokong aspirasi kementerian dalam memperkukuh TVET di Malaysia, sekali gus dapat memacu negara kerah kecemerlangan dan pembangunan negara kita yang tercinta ini. - KitaReporters


12
14
0
13
0
You will be interested