Bisnes & Ekonomi 15 May, 2023

Jom try proLindung! Platform dalam talian perbaharu cukai jalan dan takaful kenderaan! Milik Kopetro!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (Kopetro) telah melancarkan platform dalam talian yang dikenali sebagai proLindung, yang membolehkan pengguna memperbaharu cukai jalan dan takaful kenderaan mereka dengan lebih mudah, cepat dan selamat.

Pengerusi Kopetro, Roslan Abdul Rahim berkata, platform ini merupakan satu lagi inisiatif Kopetro dalam membantu meningkatkan kualiti hidup anggota koperasi dan masyarakat umum yang menggunakan perkhidmatan mereka.

“Dalam era digital yang semakin pesat, proLindung akan memainkan peranan penting dalam memberikan kemudahan kepada pengguna untuk memperbaharu cukai jalan dan takaful kenderaan mereka dengan lebih efisien. 

"Platform ini direka khas untuk memudahkan pengguna dalam memperbaharu cukai jalan dan takaful kenderaan mereka dengan hanya beberapa klik sahaja,” ujar beliau dalam ucapannya pada majlis pelancaran tersebut yang diadakan pada Majlis Aidilfitri ‘Raya Bersama’ Kopetro di Kuala Lumpur pada 12 Mei 2023.



Jelasnya, proLindung beraspirasi untuk memberikan perlindungan yang komprehensif kepada semua pelanggan, dan perkara ini diterapkan di dalam nama platform tersebut.

Tambah Roslan, proLindung dihasilkan dengan mengambil kira keperluan dan kehendak pengguna. 

Beliau juga menyeru kepada semua pengguna untuk mencuba proLindung dan memberi maklum balas kepada mereka supaya platform ini dapat diperbaik dan diperkembang.

Istimewa buat anggota Kopetro, di samping menawarkan perlindungan menyeluruh, anggota boleh memilih untuk membayar perlindungan takaful secara ansuran melalui potongan gaji setiap bulan.  

Sempena pelancaran proLindung, Kopetro menawarkan diskaun sebanyak RM50 buat 50 pelanggan pertama yang mendapatkan perkhidmatan memperbaharu cukai jalan dan takaful kenderaan melalui platform dalam talian proLindung. 



Turut hadir di majlis pelancaran tersebut, wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Anggota-anggota Lembaga Koperasi, perwakilan-perwakilan, anggota-anggota Jawatankuasa Audit Dalaman dan barisan pengurusan Kopetro. 

Majlis Aidilftri anjuran Kopetro di Kuala Lumpur berlangsung mulai jam 12 tengah hari sehingga 5 petang, dan dihadiri lebih 2,000 orang tetamu yang terdiri daripada anggota-anggota koperasi, warga kerja Kopetro dan rakan-rakan niaga koperasi tersebut. 

Pengunjung dijamu dengan aneka juadah Aidilfitri dan menu tempatan seperti Lemang, Nasi Impit, Rendang Ayam, Lontong, Laksa Utara, Nasi Hujan Panas dengan Ayam Masak Merah, Apam Balik dan Cendol. - KitaReporters/Kenyataan Media



11
9
0
6
0
You will be interested