Bisnes & Ekonomi 02 Sep, 2024

Terima kasih McDonald’s Malaysia! Edar 15k set hidangan sarapan pagi kepada wira, wirawati beruniform!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


McDonald’s Malaysia kembali menyebar luas inisiatif kemasyarakatannya di bawah ‘Program Komuniti @ McDonald’s & RMHC’ melalui sumbangan sarapan istimewa McDonald's Sausage McMuffin dan Hash Brown, kepada anggota badan beruniform sebagai tanda penghargaan atas keringat dan bakti mereka menjaga keselamatan dan keamanan negara, sepanjang minggu kemuncak bulan kebangsaan ini.

Bersempena dengan bulan kemerdekaan, McDonald’s Malaysia tampil menyumbang 15,000 set hidangan sarapan pagi kepada wira dan wirawati anggota badan beruniform seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). 

Edaran ini dibuat oleh warga kerja McDonald’s Malaysia yang berkunjung ke balai-balai terpilih berdekatan dengan restoran mereka.

Syarikat milik tempatan itu menjalankan inisiatif ini sebagai salah satu usaha untuk memberikan impak positif kepada komuniti di sekitar lokasi operasi restorannya, selain daripada menzahirkan komitmennya untuk menyantuni segenap lapisan masyarakat, termasuk anggota badan beruniform.



“Semangat kemerdekaan boleh dizahirkan dengan pelbagai cara bagi menyerlahkan rasa cinta kepada negara. 

"Namun kita tidak boleh nafikan bahawa keamanan yang kita nikmati pada hari ini adalah hasil usaha para perwira kita yang mengawal keselamatan negara siang dan malam sehingga kita dapat menjalankan kehidupan seharian tanpa kekhuatiran. 

"Sumbangan ini tiada tandingannya dengan jasa yang mereka telah mereka korbankan selama ini, namun kami berharap penghargaan ikhlas ini dapat membawa keceriaan kepada mereka. 

"McDonald’s Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada wira dan wirawati badan beruniform atas dedikasi mereka.” kata Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

“Di kesempatan ini, McDonald’s Malaysia juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-67. 

"Sebagai syarikat milik tempatan, kami akan terus komited membantu rakyat Malaysia sama ada dalam sosioekonomi mahupun kebajikan bagi mereka yang memerlukan. 

"Ini adalah prinsip yang kami dukung dalam menzahirkan rasa cinta kepada negara dengan menyumbang kembali kepada komuniti yang telah menyokong kami selama lebih empat dekat kami beroperasi di negara ini.”  tambahnya. 



McDonald’s Malaysia giat menjalankan aktiviti kemasyarakatan merentas komuniti menerusi ‘Program Komuniti McDonald’s & RMHC’ yang mana setiap tahun dianggarkan sebanyak 19,000 aktiviti kemasyaratan dilaksanakan merangkumi segenap lapisan masyarakat antaranya ialah Sambutan Hari Jadi bersama anak-anak yatim, sumbangan makanan kepada petugas barisan hadapan negara, sumbangan hidangan moreh pada bulan Ramadan dan sumbangan minuman kepada jemaah masjid pada setiap hari Jumaat. - KitaReporters/Kenyataan Media

10
18
0
13
0
You will be interested