Bisnes & Ekonomi 26 Oct, 2025

Tebar rezeki hingga ke Osaka, Jepun! Roti canai RM50 sekeping! Anak Pokok Sena boleh jadi Ikon TVET!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

  

Siapa sangka roti canai yang biasa dijual RM1 di warung biasa mampu mencecah harga RM50 sekeping di Jepun, malah menjadi makanan nombor satu di Osaka Expo (Ekspo Osaka) hasil air tangan anak muda Malaysia, Muiz Ruzaini.


Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, merakam aksi Muiz Ruzaini menebar roti canai di sebuah restoran di Osaka, Jepun. 


Muiz Ruzaini, penebar roti canai dari Pokok Sena, Kedah, kini melebarkan rezeki sehingga ke Osaka, Jepun. 


Anak jati Pokok Sena itu membuktikan bahawa kemahiran dan keaslian tempatan mampu menembusi pasaran dunia apabila roti canai terbang hasil air tangannya mencuri tumpuan pengunjung antarabangsa sepanjang enam bulan ekspo berlangsung.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Alor Setar itu mula belajar menebar roti sejak berusia 13 tahun dan kini mempunyai pengalaman lebih lapan tahun dalam bidang tersebut. 

Beliau juga anak bongsu daripada tiga beradik dan mengusahakan gerai Roti Canai Terbang Pokok Sena di Kedah.

“Awal-awal dulu saya cuma jual sekitar 300 keping sehari di Osaka, tapi selepas tiga bulan, jualan naik sampai 3,000 keping sehari. Tak sangka orang Jepun begitu suka dengan roti canai,” katanya sambil tersenyum.


Muiz Ruzaini (tengah) bersama keluarga ketika berlepas ke Osaka, Jepun bagi menyertai Expo 2025.

No photo description available.

Muiz Ruzaini sedang menebar roti canai.



Gaya ‘terbang’ unik ketika menebar roti di udara menjadikan Muiz tarikan utama Pavilion Malaysia. Malah, beliau sering dipanggil membuat demonstrasi di hadapan tetamu kenamaan dan media antarabangsa yang terpegun melihat kelincahannya.

Kejayaan luar biasa itu menyebabkan pihak penganjur menambah tiga lagi penebar roti bagi memenuhi permintaan tinggi pengunjung.

“Saya mahu roti canai dilihat sebagai satu seni dan kebanggaan negara. Bila dibawa ke luar negara, sambutannya luar biasa. Saya harap lebih ramai anak muda berani ceburi bidang kemahiran seperti ini,” katanya.


Aksi spontan di hadapan Jalur Gemilang ini menjadi simbol semangat anak muda Malaysia yang membawa warisan tempatan ke pentas dunia.

Anak sulung daripada tiga beradik ini memukau penonton di Osaka, Jepun dengan aksi lincah menebar roti canai terbang. 


Muiz kini kembali ke tanah air dan berhasrat memperkenal menu baharu ‘Roti Osaka’ hasil inspirasi daripada pengalaman berharga di Jepun.

Dengan pengalaman lebih lapan tahun dalam bidang kulinari tradisional, Muiz wajar diberikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sebagai pengiktirafan rasmi terhadap kepakarannya dan sumbangannya mengangkat martabat kemahiran negara ke peringkat antarabangsa.

Beliau juga layak diangkat sebagai ikon TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) kerana membuktikan bahawa kemahiran bukan sekadar pekerjaan, tetapi satu kebanggaan dan aset negara yang boleh menjana ekonomi serta memperkenal budaya Malaysia di mata dunia. - KitaReporters


May be an image of 3 people, pasta, pizza and sushi

Dari tepi jalan di Kedah sehingga ke dapur restoran antarabangsa, kisah Muiz membuktikan bahawa kemahiran TVET mampu menjulang nama Malaysia di pentas dunia.


Muiz Ruzaini (berdiri tiga dari kanan) bersama rakan sekerja dan kru media Jepun selepas persembahan demonstrasi roti canai terbang di Osaka.

Anak Kedah ini  tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur selepas mengharumkan nama Malaysia di Osaka, Jepun. 

15
17
0
18
0
You will be interested