Bisnes & Ekonomi 24 Jan, 2023

Video| Mantap! Usaha sama Maxis-MARDI tingkatkan hasil pertanian! Guna aplikasi teknologi komunikasi!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


Sektor pertanian terus menjadi salah satu enjin pertumbuhan terpenting bagi ekonomi negara yang mendorong perkhidmatan telekomunikasi Maxis mengadakan jalinan kerjasama dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) untuk pemodenan pembangunan sektor pertanian.

Ini dilakukan melalui pelaksanaan pendekatan baharu yang menggiatkan teknologi moden dan pembangunan mampan berteraskan Matlamat Pembangunan Lestari 2030.

Ketua Pengarah Mardi, Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata, kerjasama itu menerusi konsep memanipulasikan kepesatan teknologi moden dan pembangunan mampan selaras dengan intipati IR 4.0 untuk terus mewujudkan peluang besar dalam pelbagai industri utama khususnya industri makanan. 


Lagi cerita-cerita menarik sektor ekonomi pertanian


Sebagai perintis, Maxis dan MARDI akan mengusahakan ketepatan pertanian untuk halia di kemudahan MARDI di seluruh negara. Mereka bakal menggunakan system automatik untuk menggunakan fertigasi dengan baja titisan, analisis data besar, serta pengawasan 24/7.  

Projek rintis ini bertujuan untuk melancarkan teknologi kepada lebih 400 orang usahawan pertanian halia bagi meningkatkan kecekapan serta melengkapkan MARDI dengan data berguna mengenai cara menggunakan aplikasi teknologi dalam menangani cabaran sekuriti makanan..

“Kerjasama ini sangat tepat pada masanya apabila Maxis mempunyai rangkaian komunikasi yang hebat untuk membantu Institut Penyelidikan MARDI untuk membangunkan penyelesaian berasaskan pertanian dan agrimakanan. 

"Kedua-dua pihak akan memanfaatkan keupayaan masing-masing untuk meintegrasikan kejuruteraan dan ICT dalam projek-projek bagi industri pertanian yang mampan serta berdaya saing," katanya.

Dr Mohamad Zabawi berkata demikian di majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Maxis dan MARDI baru-baru ini di Menara Maxis. 

Dr. Mohamad Zabawi mewakilkan pihak MARDI untuk menandatangani MoU tersebut, manakala Maxis diwakili oleh Pemangku Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan, Claire Featherstone.



Maxis adalah penyedia penyelesaian konvergen terkemuka di Malaysia, dengan kepakaran penyelesaian kesalinghubungan dan perkhidmatan digital berkualiti tinggi. 

Sebagai jenama tempatan Malaysia yang telah beroperasi lebih 25 tahun, Maxis menggabungkan teknologi terbaik untuk membolehkan rakyat, perniagaan dan negara terus menerajui dalam dunia yang berubah. 

"Maxis akan terus berinovasi melalui produk dan perkhidmatan kami untuk pengguna dan perusahaan dengan memanfaatkan rangkaian konvergen terkemuka kami serta salah satu dari rangkaian runcit terluas di Malaysia.

“Integrasi data dan kesalinghubungan adalah kritikal bagi kemajuan industri, dan terdapat banyak peluang untuk meningkatkan produktiviti serta hasil bagi petani tempatan melalui peningkatan automasi. 

"Potensi untuk memodenkan sektor pertanian ini besar, dan Maxis teruja untuk bekerjasama dengan MARDI untuk membangunkan serta merintis penyelesaian pintar melalui aplikasi Internet of Things (IoT) dan lebar jalur yang lebih tinggi untuk meningkatkan amalan pertanian harian,” kata Claire Featherstone.

Sebelum ini, Maxis pernah bekerjasama dengan MARDI padatahun 2019 untuk penyelesaian teknologi canggih yang dikuasakan oleh NB-IoT Maxis bagi membantu meningkatkanhasil, kecekapan sumber dan kualiti penanaman anggur yang dihasilkan di Taman Agro MARDI di Langkawi. Ini membolehkan  petani memantau keadaan tanaman mereka dari jauh melalui aplikasi mudah alih. Kerjasama itu juga merupakan salah satu Projek Demonstrasi 5G negara ketika itu. - KitaReporters

Dari kiri, Fasliza Rosli, Claire Featherstone, Dr Mohamad Zabawi dan Dr. Mohamad Kamal Abdul Kadir selepas menandatangani MoU antara Maxis dan MARDI di Menara Maxis, Kuala Lumpur baru-baru ini.

12
7
0
7
0
You will be interested