Bisnes & Ekonomi 15 Mar, 2024

Maafkan kami! KK Super Mart buat permohonan maaf! Ekoran penjualan stokin kalimah Allah yang tular!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


Tular sebuah posting dalam media sosial berkaitan dengan stokin putih yang dijual di sebuah pasar raya tertera kalimah Allah SWT yang dijual secara terbuka kepada orang ramai.

Rata-rata netizen yang melihat posting ini mempersoal bagaimana KK Super Mart boleh menjual stokin yang tertera kalimah Allah SWT secara terang-terangan yang tidak menghormati agama Islam.



Walau bagaimanapun pihak KK Super Mart telah mengeluarkan kenyataan dalam akaun Facebook miliknya yang membuat permohonan maaf di atas kesilapan yang telah dilakukan. 

Pihak KK menyatakan bahawa mereka mengambil serius akan perkara ini dan akan mengambil tindakan serta merta dan memberhentikan penjualan stokin tersebut.

Mereka juga berterima kasih di atas keprihatinan warga umum yang telah menegur dan memberi komen terhadap isu ini. Pihak mereka sekali lagi memohon maaf dan akan memastikan perkara seperti ini tidak berlaku lagi. - KitaReporters

16
9
0
15
0
You will be interested