Bisnes & Ekonomi 11 Dec, 2025

Pastikan semua lancar! Kota Madani Putrajaya! Bandar Madani Bukit Jalil! Masjid Madani KL! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau mahu projek pembinaan Kota Madani di Putrajaya, Bandar Madani di Bukit Jalil dan Masjid Madani di Kuala Lumpur diberi tumpuan dan dilaksanakan dengan lancar.



"Projek baharu seperti Kota Madani Putrajaya dan Bandar Madani Bukit Jalil berada di landasan yang tepat, dengan penerapan sepenuhnya elemen-elemen Madani, termasuk konsep sekolah vertikal dan kemudahan komuniti yang lebih bersepadu.

"Pada masa yang sama, projek pembangunan semula di beberapa lokasi strategik turut diberi perhatian rapi, malah saya turut meneliti isu berkaitan pembinaan Masjid Madani dan mengarahkan agar proses pembinaan dipercepat supaya rakyat dapat menikmati manfaatnya tanpa berlengah," ujar beliau pada Selasa, 9 Disember 2025.

Terdahulu, Anwar diberi taklimat mengenai perkembangan terkini beberapa projek pembangunan utama di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kota Madani Putrajaya adalah konsep bandar pintar pertama di Malaysia yang dibangunkan di Putrajaya, yang mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan (AI), infrastruktur digital canggih, dan mobiliti hijau dengan nilai-nilai Madani.

Bandar Madani Bukit Jalil ialah projek pembangunan bandar baharu di Kuala Lumpur yang menekankan konsep Malaysia Madani dengan ciri-ciri moden seperti rumah pintar, sekolah menegak (vertikal), mobiliti pintar, dan teknologi tenaga boleh baharu.

Manakala Masjid Madani pula dibina di atas tanah Kumpulan Jakel di Jalan Munshi Abdullah yang mampu menampung sehingga kira-kira 2,900 jemaah pada satu-satu masa. 



Menurut Perdana Menteri, Kerajaan kekal fokus dalam memastikan setiap pembangunan bandar memberi manfaat langsung kepada rakyat, antaranya peningkatan infrastruktur, penyediaan kemudahan moden, hinggalah pemeliharaan identiti dan warisan bandar. 

"Insya-Allah, usaha bersepadu ini menjadi sebahagian daripada ikhtiar kita untuk membina bandar yang lestari, inklusif, dan progresif," tegasnya. - KitaReporters/Kenyataan Media

16
15
0
16
0
You will be interested