Video| Pertehmina bukan minyak brand baharu! Tapi teh pelbagai rasa daripada pam minyak! Nak rasa?
@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain
Share this
Lantaran persaingan dalam perniagaan makanan dan minuman semakin sengit, ia memerlukan golongan peniaga bertindak kreatif bagi melariskan jualan.
Ia membuat seorang peniaga dari Bandung bernama Rahadika, 33, melakukan perkara unik dalam membuat jualan minuman teh di tepi jalan di Jalan Ciwastra, Bandung, Jawa Barat.
Rahadika melakukan percubaan menjual teh melalui pam minyak untuk melariskan jualan
Apa yang menarik, dia membuat kios seperti pam minyak mini dengan memakai nama Pertehmina. Ia menyerupai nama syarikat minyak dan gas milik Indonesia, Pertamina.
Ini menyebabkan terdapat sejumlah orang yang singgah untuk mengisi minyak. Apa taknya!! Selain terdapat beberapa pam minyak, para petugasnya juga memakai pakaian seperti pekerja pam minyak.
Antara orang yang melihat kiosk minuman sebelum mencuba
Lebih menarik ialah apabila pekerja menuang teh yang diingini menggunakan nozel pam minyak.
Terdapat beberapa suis bagi menentukan pelbagai jenis teh dari teh O sehingga teh susu dan teh pelbagai perisa yang ditawar pada harga Rp3,000 (RM1) hingga Rp 9,000 (RM3) bagi sebungkus.
Pam itu hanya dibuat menyerupai pam minyak yang asli sebagai daya tarik.
Pekerja berpakaian seperti petugas pam minyak
Perniagaan teh pam minyak ini baru dijalankan beberapa minggu, namun sambutannya luar biasa. Berlaku kesesakan lalu lintas apabila banyak motosikal dan kereta berhenti untuk membeli.
Menurut Rahadika, dia bercadang untuk membuka beberapa kios lagi di tepi sejumlah jalan di Bandung.
Tidak mustahil akan ada pihak lain yang meniru kaedah perniagaan itu. Rahadika tidak kisah kerana menganggap ia adalah rezeki masing-masing.
Mungkin jualan air minuman mengguna pam minyak boleh diperkenal di negara kita. - KitaReporters