Bisnes & Ekonomi 12 Dec, 2023

Tahniah Terangganu Inc! Terima anugerah tertinggi antarabangsa! Anugerah majikan pilihan MIHRM!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Pejabat Terengganu Inc di Kuala Terengganu


TERENGGANU Inc menerima anugerah tertinggi antarabangsa dan anugerah Majikan Pilihan (Sektor Swasta) pada Majlis Makan Malam Anugerah Sumber Manusia (HR) Malaysia-Antarabangsa Ke-23.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata anugerah tersebut merupakan anugerah 'Grand Award Winner, 23rd Malaysia-International HR Awards 2023’ dan ‘Gold Award Winner, Employer of Choice (Private Sector) Category’.

Sempena Anugerah anjuran Institut Pengurusan Sumber Manusia Malaysia (MIHRM), Terengganu Inc merangkul dua anugerah  buat julung kalinya setelah melalui dua proses penilaian juri yang ketat pada Oktober sehingga November 2023.


Pengurusan Terengganu In bergambar kenangan selepas diumumkan penerima anugerah


Menurut panel juri, Terengganu Inc terserlah dengan persembahan berkualiti tinggi yang disampaikan oleh Presiden dan Pegawai Eksekutifnya. Akibatnya, anugerah tertinggi dimenangi, mendahului lebih 20 syarikat besar dari sektor awam dan swasta di seluruh negara.

“Kejayaan itu adalah satu pengiktirafan signifikan syarikat sebagai pelopor dalam amalan HR terbaik di Terengganu dan Pantai Timur.

“Di samping, menonjolkan penglibatan pekerja yang luar biasa dan mencipta budaya tempat kerja yang unggul,” kata Burhanuddin dalam kenyataan media di Kuala Terengganu pada 9 Disember 2023.


Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun (tengah ) bersama tropi anugerah yang dimenanngi


Anak syarikat berkaitan Kerajaan Negeri Terengganu itu, Terengganu Inc yang diwakili Burhanuddin menerima anugerah tersebut daripada Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mustapha Sakmud dengan disaksikan oleh Presiden MIHRM, Simon Benjamin, pada 8 Disember 2023 di Dorsett Grand Subang, Selangor. 

Menurut Burhanuddin, usaha itu adalah hasil inisiatif modal insan seperti dapatan tenaga kerja yang betul menerusi pembentukan Prosedur Operasi Standard (SOP), Talent Pool Programme dan TI Management Trainee (TI-Mate). 

“Selain itu, Terengganu Inc turut melabur sebanyak RM838,500 bagi latihan dan pembangunan skill dalam tenaga kerja semasa dan akan datang,” jelasnya.



Untuk rekod, anugerah MIHRM ialah acara utama dengan pengiktirafan global yang dianjurkan oleh MIHRM sejak 1999 dan tahun ini akan menandakan tahun ke-23 penganjurannya. 

Menurut pandangan panel juri, Terengganu Inc telah menonjol dengan pembentangan yang berkualiti tinggi yang disampaikan oleh Presiden dan Pengarah Eksekutifnya. - KitaReporters


Sebahagian tetamu yang hadi sempena majlis Anugerah

13
12
0
18
0
You will be interested