Bisnes & Ekonomi 21 Aug, 2025

Loji Rawatan Air Langat 2! Bukti anak bangsa mampu bina projek mega gergasi! Kuasai teknologi! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 di Hulu Langat disifatkan sebagai satu manifestasi penting yang menjadi bukti keupayaan anak bangsa menguasai teknologi canggih melibatkan sebuah projek gergasi mega. Manifestasi dalam usaha dan upaya kerajaan memenuhi keperluan strategik rakyat dan negara, kata Perdana Menteri. - KitaReporters



Pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 di Hulu Langat disifatkan sebagai satu manifestasi penting yang menjadi bukti keupayaan anak bangsa menguasai teknologi canggih melibatkan sebuah projek gergasi mega. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembangunan dan pembinaan loji rawatan air ini ternyata menjadi simbol dan manifestasi dalam usaha dan upaya kerajaan memenuhi keperluan strategik rakyat dan negara. 

"Ia mencerminkan hasrat kerajaan dalam mengangkat siling ekonomi dan meninggikan lantai kesejahteraan rakyat. 

"Ia tentunya menuntut sikap dan budaya pengurusan yang beringriti dan dan cekap, pasukan tenaga profesional yang terlatih, serta semangat kebersamaan yang tinggi dan erat dalam menjamin antara bekalan asas negara yakni akses kepada bekalan air yang bersih, berkualiti dan mampan," tegasnya semasa merasmikan Loji Rawatan Air Langat 2 di Hulu Langat pada petang Rabu 20 Ogos 2025.



Menurutnya, Loji Rawatan Air Langat 2 di Hulu Langat merupakan sebuah projek gergasi mega yang menjadi manifestasi terpenting negara tatkala menjadi bukti keupayaan anak bangsa menguasai teknologi canggih dalam usaha dan upaya kita memenuhi keperluan strategik rakyat dan negara. 

"Saya tekankan betapa air dan sumber tenaga adalah nadi pembangunan, dan tanpa keduanya mustahil negara bangsa ini mampu menjadi destinasi tumpuan untuk pelaburan, pusat teknologi dan menjadi hab data serantau. 

"Lantas, dengan kerjasama erat Kerajaan Persekutuan, negeri serta syarikat tempatan, maka kita mampu menjelmakan projek raksasa bernilai berbilion-bilion ringgit dengan kepakaran anak tempatan.  

"Justeru, saya punyai harapan setingginya agar usaha ini dapat memperkukuh daya tahan ekonomi, memantapkan tahap keselesaan hidup rakyat serta memartabatkan prinsip tatakelola yang baik," ujar beliau.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mengalungkan penghargaan kepada semua yang menjayakan Langat 2 yang pastinya menjadi legasi untuk generasi hari ini dan yang akan datang. - KitaReporters/Kenyataan Media


8
7
0
15
0
You will be interested