Bisnes & Ekonomi 11 Mar, 2023

Nak tudung sekolah awningnya on point? Pesara tentera perkenal Tudung Si Comel! Berniaga sejak 2013!

@rahana dahari
Bekas Wartawan Utusan Malaysia yang pernah bertugas di Majalah Wanita dan akhbar di Ibu Pejabat Jalan Chan Sow Lin dan biro Kelantan.

Share this


Sesi persekolahan yang baharu akan dibuka tidak lama lagi dan ramai dalam kalangan ibu bapa kini sibuk membeli keperluan kelengkapan pakaian anak masing-masing.

“Tarikh buka sekolah bagi sesi tahun 2023 hanya berselang beberapa hari sebelum bulan puasa dan kemudian disusuli dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pula. Jadi ramai ibu bapa bersedia awal supaya lebih bijak merancang kewangan dan mendahulukan kepentingan.

"Paling utama adalah memastikan anak-anak selesa dan ceria memulakan sesi awal persekolahan di samping dapat merasa juga baju baharu pada pagi raya. Saya yakin pakaian yang kemas dan selesa akan membantu anak-anak lebih fokus dalam aktiviti pembelajaran di sekolah,” ujar Kapten (B) Syahruddin Zainul ketika ditemui di Damansara Damai, Selangor baru-baru ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pakaian tudung

Syahruddin Zainul ketika ditemui di Damansara Damai, Selangor baru-baru ini. 


Bekas pegawai tentera udara ini memilih bersara awal kerana mahu melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan kini menawarkan tudung sekolah jenama Tudung Si Comel.

“Sempena sesi persekolahan akan datang, kami melancarkan rekaan tudung terbaharu khas untuk murid prasekolah. Tudungnya kami jahit lebih singkat supaya selesa apabila dimasukkan ke dalam baju.

“Manakala  tudung untuk murid dan pelajar lain juga diberikan rekaan terbaharu  yang mana “awning tudungnya lebih on point” supaya anak-anak kelihatan lebih kemas apabila memakainya,” katanya. 

Pihaknya menawarkan tudung seawal murid prasekolah, sekolah rendah dan juga tudung untuk pelajar sekolah menengah.

“Kita sedia maklum murid sekolah akan memakai tudung dalam tempoh yang lama, dari pagi sehinggalah ke sesi petang. Seharian di sekolah pastinya memakai tudung yang selesa sangat penting. Justeru, kita memilih untuk lebih fokus dalam penghasilan tudung sekolah yang selesa dipakai.

“Saya memulakan perniagaan tudung kanak-kanak pada tahun 2013 yang mana ketika itu budaya bertudung seawal usia masih belum diterima secara meluas. Alasan itu  juga yang mendorong minat saya untuk memulakan perniagaan dengan hasrat  membudayakan minat bertudung seawal usia.” ujarnya.


Tudung sekolah awning on point direka supaya murid lebih kemas dan selesa memakainya.


Syahruddin berasal daripada Kedah dan mendapat pendidikan menengah di Maktab Tentera Diraja(MTD) Kem Sg Besi pada tahun 1995 hingga 1998 . Beliau  melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan  kemudiannya ditawarkan untuk menyambung pelajaran di Kolej Tentera Udara (KTU) Alor Setar. Pada tahun 2003 beliau telah ditauliahkan sebagai Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia, namun 10 tahun selepas itu  beliau mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan lebih awal kerana ingin menyambung minat dalam bidang perniagaan.

 “Selepas 10 tahun dalam bidang ini saya bersyukur kerana strategi “slow and steady” iaitu mengukuhkan akar terlebih dahulu dalam perniagaan membuahkan hasil kerana sambutan meningkat saban tahun dan kini sudah memasuki fasa “growth”. 

"Saya menggunakan pendekatan sentiasa mengemas kini setiap rekaan, mendengar aduan ibu bapa  dan yang paling utama adalah maklum balas daripada si pemakai itu sendiri.

“Kesemua tudung ini dipasarkan ke seluruh negara  secara dalam talian dan melalui ejen-ejen dropship yang dilantik serta  menggunakan website e-commerce untuk memudahkan pelanggan dan ejen dropship  membuat tempahan,” katanya.

Beliau sendiri turun padang untuk memilih material tudung dan mengupah tukang jahit bagi memastikan kualiti tudung yang terhasil mengikut piawaian seperti yang diinginkan. 

"Saya bersyukur isteri, Norfaizah Manaf dan anak-anak,  Nur Amalia Batrisyia,  Nur Qistina Batrisyia,  Muhammad Aiman Hakim dan  Nur Safiyya Batrisyia sentiasa menyokong usaha ini," katanya lagi.


Sebahagian kakitangan Tudung Si Comel mengendalikan urusan jual beli tudung melalui perniagaan dalam talian.


“Sesiapa sahaja yang  menyertai dropship Tudung Si Comel sejak dari awal pendaftaran akan dibimbing sehingga berjaya  membuat jualan dan menjana pendapatan dengan serius secara dalam talian hanya dari rumah. 

"Kami  juga berhasrat untuk menjadi one stop center bagi semua jenis tudung sekolah yang diperlukan di negara ini sekali gus  memudahkan ibu-ibu mendapatkan tudung sekolah yang selesa buat anak-anak. Tudung yang dijual adalah dalam lingkungan harga mampu milik dengan anggaran antara RM16.90 - RM24.90 sehelai.

”Kami juga memberikan jaminan istimewa 180 hari kepada semua produk yang dijual dengan harapan semua pelanggan gembira dengan produk yang dibeli”  ujarnya.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan tudung sekolah yang selesa ini boleh melayari laman web https://tudungsicomel.com atau mendaftar sebagai dropship melalui https://tudungsicomel.com/dropship/daftar. - KitaReporters

16
11
0
14
0
You will be interested