Bisnes & Ekonomi 27 Oct, 2024

Program Sentuhan Kasih MDEC! Santuni 50 keluarga Orang Asli Bukit Lanjan! Untuk jadi lebih inklusif!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this

Kredit foto-foto: FB Gobind Singh Deo


Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital negara di bawah seliaan Kementerian Digital (KD), telah melaksanakan Program Sentuhan Kasih, sebuah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang bertujuan untuk membantu komuniti Orang Asli di Bukit Lanjan. 

Program ini memfokuskan kepada pengagihan pek barangan makanan kepada 50 keluarga Orang Asli, yang disampaikan oleh Gobind Singh Deo, Menteri Digital, pada 26 Oktober 2024, bagi meringankan beban kehidupan golongan sasar. 

Kehadiran Menteri membuktikan sokongan penuh kementerian terhadap usaha kebajikan, sekali gus memperkukuh komitmen dalam memperjuang kebajikan masyarakat, khususnya untuk golongan terpinggir seperti komuniti Orang Asli. 

Program Sentuhan Kasih ini bukan sahaja bertujuan untuk memberikan pek bantuan makanan asas, tetapi ia juga sebagai platform untuk mengeratkan hubungan antara kerajaan, sektor korporat, dan masyarakat Orang Asli. 

Antara sumbangan yang diberikan termasuk beras, tepung, gula, minyak dan lain-lain. 

Inisiatif ini dijalankan dengan kerjasama rakan strategik program, Mamee-Double Decker Distribution (M) Sdn Bhd, dan bertujuan untuk membawa perubahan positif kepada golongan yang memerlukan serta menyokong pembangunan komuniti yang lebih inklusif. 



Dalam ucapannya, Gobind berbesar hati kerana dapat turut serta dalam Program Sentuhan Kasih anjuran bersama MDEC. 

“Membantu komuniti Orang Asli bukan sahaja memenuhi tanggungjawab, tetapi memperkukuh perpaduan dan kesejahteraan dalam masyarakat. 

"Saya akan terus menyokong usaha-usaha murni seperti ini bagi memastikan setiap rakyat mendapat perhatian yang sewajarnya”. 

Anuar Fariz Fadzil, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC berkata, MDEC sentiasa berusaha memastikan komuniti terpinggir turut mendapat manfaat daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat dan berharap agar program CSR sebegini dapat diteruskan dan diperluas lagi pada masa akan datang. 

Program Sentuhan Kasih telah membuktikan komitmen MDEC terhadap pembangunan komuniti, serta menunjukkan bahawa kerjasama erat antara kerajaan dan sektor swasta mampu memberikan impak positif yang signifikan. - KitaReporters/Kenyataan Media


14
12
0
4
0
You will be interested