Bisnes & Ekonomi 07 Jul, 2025

Senyuman kanak-kanak jadi tumpuan! Kempen Kita Bawa Sarapan Yang Bermakna! Anjuran Nestle, Mydin!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: farizaum@yahoo.com

Share this



Keriangan jelas terpancar pada wajah kanak-kanak daripada Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR) apabila mereka diraikan dalam satu acara istimewa anjuran Nestle Koko Krunch dan Mydin.

Dengan pensel warna di tangan dan kreativiti yang bebas mengalir di atas kertas, mereka menikmati pagi yang bukan sahaja penuh warna, tetapi juga penuh makna.

Acara ini merupakan sebahagian daripada kempen “Kita Bawa Sarapan yang Bermakna”, yang membawa misi Nestle Koko Krunch untuk menyemai nilai positif dalam kehidupan kanak-kanak – melalui pemakanan berkhasiat serta pengalaman yang menceriakan dan memperkasa mereka. 

Dalam suasana yang meriah dan ceria, pertandingan mewarna khas yang  telah diadakan, membuka ruang kepada kanak-kanak untuk mengekspresikan diri sambil membina keyakinan diri.


Pentadbir & Pengurus RACTAR, Noor Haslinda Razali  (kiri) menerima sumbangan RM10,000 daripada Michelle Ng, Philip Joe, Ameer Ali dan Siti Hawa Mohd. - Kredit foto: FAS.


Menurut Philip Joe, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Cereal Partners Worldwide (CPW) Malaysia & Singapura, acara sebegini mencerminkan komitmen Nestle untuk menjadi sebahagian daripada komuniti yang mereka sokong.

“Sarapan pagi yang sihat adalah asas penting, tetapi lebih daripada itu, kami percaya untuk memulakan hari dengan semangat memberi. Kami amat berbesar hati dapat meluangkan masa bersama anak-anak Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah, dan berharap ia membawa sedikit keceriaan kepada mereka,” ujarnya pada majlis pelancaran kempen ‘Kita Bawa Sarapan yang Bermakna' di Mydin USJ pada 5 Julai 2025 lalu.

Bagi membantu keperluan harian rumah amal tersebut, Nestle Koko Krunch turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 sebagai sokongan jangka panjang kepada kesejahteraan penghuni rumah berkenaan.

Pelancaran disempurnakan bersama oleh Michelle Ng Mei Sze, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya; Datuk Wira Ameer Ali, Pengarah Uruan Mydin serta Datin Wira Dr. Siti Hawa Mohd selaku Pengarah Mydin Mohamed Holdings Bhd.

Kesemua tetamu kehormat kemudiannya  mengambil peluang berinteraksi dan meluangkan masa bersama anak anak menyerlahkan lagi semangat kebersamaan dan sokongan masyarakat terhadap inisiatif seperti ini.



Sementara itu, Ameer Ali, menyifatkan acara ini sebagai peluang untuk mempererat hubungan dengan komuniti setempat.

“Sebagai peruncit tempatan yang sentiasa dekat dengan rakyat, kami amat berbesar hati menjadi sebahagian daripada inisiatif yang membawa keluarga dan komuniti bersama-sama. 

"Usaha kecil seperti ini mampu memberi impak besar apabila dilakukan secara bersama,” tambah beliau.

Selepas sesi bersama rumah amal, acara diteruskan dengan pertandingan mewarna yang dibuka kepada orang awam. 

Mydin USJ berubah menjadi ruang interaktif penuh dengan aktiviti keluarga, termasuk permainan, aktiviti seni pasir dan gerai mencuba produk yang menarik perhatian para pengunjung.



Acara ini juga merupakan sebahagian daripada Pertandingan Mewarna Kelab Koko Kraf, yang kini berlangsung di pelbagai lokasi runcit seluruh Malaysia. 

Melalui pertandingan ini, Nestlé Koko Krunch ingin menggalakkan kanak-kanak untuk berkarya dan meluahkan imaginasi mereka melalui seni – satu usaha berterusan yang disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Menariknya, sebahagian hasil jualan bijirin sarapan Nestle di semua cawangan Mydin sepanjang kempen ini akan disalurkan kepada Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah, menjadikan setiap pembelian sebagai satu bentuk sokongan kepada mereka yang memerlukan. - KitaReporters


16
13
0
8
0
You will be interested