Bisnes & Ekonomi 04 Feb, 2025

Video| Kenaikan tarif elektrik hanya libatkan industri, maha kaya! Tambah bajet sekolah, hospital!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan, kenaikan tarif elektrik akan hanya melibatkan pihak industri dan mereka golongan kaya sahaja.

Kenaikan itu penting bagi memastikan kerajaan dapat menambah peruntukan untuk instruktur penting seperti sekolah dan hospital serta bantuan-bantuan untuk rakyat, katanya lagi.



"Saya sekali lagi tegaskan bahawa kenaikan tarif elektrik hanya membabitkan kumpulan industri dan maha kaya. Hampir seluruh rakyat atau 85 peratus yang lain tidak akan terkesan dengan kenaikan ini.
"Pembaharuan tarif kepada kumpulan industri dan golongan maha kaya ini penting untuk memastikan Kerajaan terus berupaya menambah peruntukan kepada sekolah, hospital dan bantuan-bantuan rakyat," ," tegas Anwar semasa sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 4 Februari 2025. - KitaReporters/Kenyataan Media

12
13
0
9
0
You will be interested