Promosi Mee-rdeka Madness
JIKA anda menikmati semangkuk Mee Hiris Soup with Braised Beef di 31 rangkaian Restoran Mee Hiris China Muslim bermakna anda termasuk dalam pelanggan lebih sejuta orang sudah merasai betapa enaknya hasil tangan yang berjam-jam menguli bahan itu.
Dan dengan hirupan kuahnya yang penuh berperisa daging dan pemanis sayurannya sudah pasti membuatkan pelanggan akan berulang kali ke restoran itu.
Dan sempena kemerdekaan negara ke-67 yang disambut pada 31 Ogos 2024, anda juga berpeluang berjamu selera bersama teman, keluarga dan kekasih hati dalam kempen Mee-rdeka Madness kerana bagi hidangan kedua akan dikenakan harga RM6.70 saja sepanjang Ogos 2024.
Elmy Sahari (tiga dari kiri), Tengku Dr Hishammuddin Zaizi (lima dari kiri), Datuk Naziffuddin Najib (enam dari kiri), Puan Sri Dr Susan Cheah (Ahli Exco Sunway Group) (tengah), Tengku Normah Albarakbah (lima dari kanan), Berhan Akla Muqtadir (Setiausaha Pertama Kedutaan Indonesia) (empat dari kanan), Datuk Ismail Nordin (Pengerusi Koperasi Pengurusan Kewangan Hartanah Berhad (FICCOP)) (tiga dari kanan), Dr Habibreza Arzani (dua dari kanan) dan Dr Zyro Wong (Presiden Anugerah The Knights Awards) (kanan sekali).
Pengurus Operasi Mee Hiris China Muslim, Elmy Sahari berkata, promosi itu sebagai komitmen untuk memberi peluang kepada rakyat berkongsi pengalaman menikmati sajian mi yang dihasilkan cukup memenuhi citarasa Malaysia dan yang sudah pastinya, tiada ragu-ragu soal halal kerana jenama itu dicipta bagi akses semua kaum.
"Simbol komitmen dan kecemerlangan yang kami hasilkan ini ternyata direalisasikan apabila Mee Hiris China Muslim dianugerahkan "The Fastest Growing Halal Chinese Muslim Cuisine 2024 oleh The Knight Award," katanya ketika melancarkan pembukaan terbaru restoran itu yang ke-31 di Putra Mall, Kuala Lumpur pada 26 Ogos 2024.
Restoran itu dikhaskan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-67.
Emily berkata sehingga kini restoran itu sudah membuka 32 cawangan termasuk di Sarawak. Cuma pembukaan yang ke-31 ini adalah sempena mengambil perayaan sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos 2024.
Pelancaran penuh warna warni itu diserikan dengan kehadiran tetamu khas Tengku Dato Dr Hishammuddin Zaizi Tengku Bendahara Azman Shah yang turut memuji pertumbuhan pesat cawangan itu.
"Seronok melihat lebih ramai rakan Muslim bersama-sama menikmati keunikan masakan Cina Muslim.
"Dengan ini kita semua tiada ragu-ragu lagi kerana semua diuruskan di dapur pusat dengan penarafan berasaskan prinsip halal yang dikawal ketat," katanya.
Turut hadir ialah Ahli Diraja Terengganu Tengku Normah Albarakbah; Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Naziffuddin Najib; Menteri Penasihat Kedutaan Indonesia, B Wishnu Krisnamurthi; dan Kaunselor Kebudayaan Kedutaan Iran, Dr Habibreza Arzani.
Turut meraikan pembukaan itu ialah Pengerusi Hab Inovasi Belia Komanwel, Dr Kishva dan juruhebah berita utama terkenal, Gan Jiang Han.
Bagi menjadikan promosi itu lebih kreatif, restoran itu telah menjalin kerjasama dengan perkhidmatan bas KL Hop On Hop Off bagi tujuan pemasaran bagi menarik perhatian pelancong dan penggemar mi itu. Malah mereka berharap insiatif itu boleh menjadi penghubung dengan pelanggan.
Sementara itu, Pengurus Perhubungan Pelanggan, Syafiqah Zulkifili berkata jenama mi itu sudah pun memiliki siil halal, sekali gus bagi memastikan pelanggan tidak lagi ragu-ragu mengenai status halal restoran berkenaan.
Malah semua persediaan menyediakan mi itu berasaskan prinsip halal.
"Kenikmatan setiap hirisan mi adalah moto perniagaan kami dan segala maklum balas pelanggan menjadi asas penambahbaikan hidangan.
"Kita mahu menjadikan mi ini satu sajian bersama di seluruh Asia dan Indonesia juga menjadi sasaran menubuhkan rangkaian baharu," katanya ketika membalas permintaan wakil Indonesia supaya cawangan mi itu dapat segera dibuka di Indonesia. - KitaReporters
Tetamu sambil mengibar bendera Malaysia turut bersama-sama menyanyikan lagu Setia, Kau Ilhamku dan To Love Somebody dendangan Man Bai yang cukup menceriakan majlis pembukaan restoran Mee Hiris China Muslim di Sunway Putra Mall Kuala Lumpur.