Berita baik buat 5 juta rakyat Malaysia. Semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima bayaran STR Fasa mulai 20 Januari 2026.

Untuk itu, sebanyak RM1.1 bilion akan disalurkan kepada 5 juta penerima sumbangan secara berperingkat-peringkat.
Bayaran STR bakal diterima adalah antara RM100 hingga RM500 bergantung kepada pendapatan bulanan isi rumah, manakala warga emas yang berpendapatan di bawah RM5,000 akan menerima RM150 setiap bulan.

Bagi isi rumah atau warga emas yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran dibuat secara tunai melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara,
Untuk maklumat lanjut, penerima sumbangan dan mereka yang mahu menerima sumbangan boleh melayari portal bantuantunai.hasil.gov.my - KitaReporters/Kenyataan Media

