Bisnes & Ekonomi 03 Mar, 2023

Universiti boleh bantu usahawan PMKS! Pasarkan produk melalui kaedah digitalisasi! - Ahmad Maslan

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:anakperlis65@gmail.com

Share this

Penguasaha pes pelbagai jenis masakan turut menyertainya pameran sempena Persidangan Antarabangsa Pengurusan dan Komunkasi  (ICMC) 2023 di Kuala Terengganu.

Universiti boleh memainkan peranan untuk membantu usahawan perusahan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, dalam bajet yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan melalui agensi-agensinya akan terus menyediakan pelbagai mudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan untuk manfaat usahawan PMKS yang bernilai keseluruhan RM40 bilion.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan hal dan isu bajet

Ahmad Maslan bersama pengusaha pau landak Engku Adzhar Engku Mohamad Nor Azlan.


“Melalui penyediaan tersebut kemudahan pinjaman di bawah agensi seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan TEKUN dengan dana yang tersedia pastinya boleh membantu mereka nanti,” ujarnya ketika ditemui semasa mengunjungi booth  yang memasarkan produk PMKS sempena Persidangan Antarabangsa Pengurusan dan Komunkasi  (ICMC) 2023 anjuran Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur (UUMKL) di Raia Hotel di Kuala Terengganu pada 1 Mac 2023.

Beliau berkata, universiti boleh memainkan peranan untuk membantu usahawan-usahawan ini memasarkan produk mereka melalui kaedah digitalisasi kerana ianya dapat melonjakkan perniagaan kelak.


Pengusaha Noor Arfa Batik turut mempamerkan produk mereka.

Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Shahimi Mohtar ketika ditemui berkata, pihak UUM bersedia membantu usahawan-usahawan PMKS ini sekiranya mereka memerlukan bimbingan dan nasihat melalui kepakaran-kepakaran tenaga akademik ataupun melibatkan pelajar bagi menjayakan program ini.

“Kita akan mengkaji, meneliti dan berbincang kaedah-kaedah merangkumi analisis data dan pemasaran secara digital bagi meneroka dan mengenal pasti solusi digital yang dapat membantu dari segi meningkatkan penjualan, mengurangkan kos serta peningkatan produktiviti perniagaan juga nanti,” sambungnya lagi.



Ahmad Maslan turut mencuba keropok lekor Kak Jah.


Moga dengan penglibatan UUM ini khususnya dapat membantu pelanggan bukan sahaja menikmati pembelian pada harga lebih murah malah dapat meningkatkan pendapatan kalangan uasahawan PMKS ini. - KitaReporters


Pau landak nasi dagang turut dipamerkan.

16
12
0
12
0
You will be interested