Bisnes & Ekonomi 17 Aug, 2022

Video| Usahanita Going Global! Ke London, UK! Untuk ketengah produk tempatan ke pasaran global!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Pelakon Irma Hasmie (dua dari kanan) dan Norish Karman (dua dari kiri) turut hadir bersama Faridah Jabbar (empat dari kiri), Faridah Zainol (tiga dari kiri). Noor Amy Ismail (tiga dari kanan) serta ahli-ahli USAHANITA lainnya. - Kredit foto: FB Usahanita,


Lanjutan daripada sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-65 nanti dan bersempena dengan kedatangan Hari Malaysia pada 16 September 2022 kelak, Persatuan Usahawan Wanita Bumputra Malaysa atau ringkasnya USAHANITA akan menganjurkan 'Fiesta Makanan & Fesyen Malaysia UK 2022' bertempat di London, United Kingdom bermula 16 September hingga 18 September 2022 depan.

Program yang julung kali diadakan ini, bertemakan 'Taste of Malaysia' akan membawakan produk-produk tempatan hasil ahli-ahli USAHANITA dan usahawan tempatan di samping memaparkam budaya kesenian dan kraftangan negara.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan usahawan-usahawan wanita



“Program ini diharap dapat mengembangkan produk tempatan, menerokai dan menembusi pasaran Eropah amnya, khususnya di United Kingdom diketika ini,” ujar Dato' Faridah A Jabbar selaku Yang Dipertua USAHANITA Malaysia pada majlis pelancaran ‘Malaysian Food & Fashion Fiesta UK' (MFFF UK) 2022 di Chicken Rice Kiosk, Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut hadir Datin Faridah Zainol selaku Bendahari Agung merangkap pemilik restoran Halia UK; Pengarah Halia UK merangkap Ketua Pegawai Operasi Malaysia Venture Capital (MAVCAP), Noor Amy Ismail; Penyelaras MFFF UK, Maiyizatul Najwa Abd Mutalib; serta penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi Bintang RTM 2007 dan One In A Million 2009, Reyhana Yunus dan pelakon Irma Hasmie serta Norish Karman.


Dari kiri: Faridah Jabbar, Reyhana, Najwa dan Faridah Zainol. - Kredit foto: FB Usahanita.


Berkongsi lanjut,  Faridah memberitahu, program dengan kerjasama restoran Malaysia terkenal di kota London, Halia UK selaras dengan objektif ‘Usahanita Going Global’ bertujuan mengetengahkan produk hasilan ahli-ahli usahawan wanita secara eksklusif ke peringkat antarabangsa,

“Dan melalui kerjasama juga dengan pihak MyGalore sebagai platform rasmi e-dagang diharap dapat memasarkan produk-produk ahli. secara pemasaran atas talian,” tambah Faridah sambil memberitahu, inisiatif yang dianjurkan ini sebagai menyahut dan menghargai usaha Kerajaan dalam memulihkan ekonomi serta memperkasa kelangsungan perniagaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) terutama dalam kalangan golongan wanita.

Beliau berharap misi dagangan julung kalinya ke London ini akan membantu mengetengahan produk keluaran wanita agar dikenali dan lebih kompetitif serta berdaya saing di luar negara.

Sehubungan itu katanya, sebuah program penerangan ilmu berkenaan ekspot dan impot serta penglibatan usahawan pada misi perdagangan di London akan dianjurkan pada 24 Ogos 2022 jam 9 pagi di ibu pejabat EXIM Bank, Kuala Lumpur.



Lebih menarik, selain memasar dan memperkenalkan produk tempatan, pengisian fiesta akan diserikan dengan persembahan eksklusif ‘Makan Malam Amal’ bersama Reyhana di restoran Halia.UK di samping memperkenalkam fesyen songket pada malam sambutan Hari Malaysia, 16 September 2022.

“Saya amat terharu dengan jemputan daripada USAHANITA untuk bersama rombongan ke London dan tak sabar memberikan persembahan terbaik kepada pengunjung di sana,” ujar Reyhana Yunus, 35, ketika ditemui.

Pemenang tempat ketiga  Bintang RTM ini yang baharu lebih sebulan menganggotai keahlian USAHANITA tidak menjangka dapat bersama meraikan malam bersejarah itu apatah lagi peluang ini juga kepergiannya buat pertama kali ke kepulauan Great Britain itu.

“Terasa macam mimpi apabila mendapat tawaran daripada USAHANITA malah rasa tak sabar nak packing baju awal-awal,’ tambah Reyhana yang walau pun kurang terlibat dalam industri muzik arus perdana namun penyanyi berasal Labuan, Sabah ini aktif sebagai penyanyi bebas.

“Buat masa ini saya mengusahakan bisnes jualan sambal ikan bilis. InsyaAllah jika ada rezeki saya akan memperkenalkan produk berkenaan ke London,’ akhiri Reyhana bersyukur.



Untuk rekod, Persatuan Usahawan Wanita Bumputra Malaysia (USAHANITA) telah ditubuhkan pada tahun 1982 dan dianggotai oleh usahawan-usahawan wanita bumiputera yang aktif dalam pelbagai bidang perniagaan. 

Persatuan mewakili suara usahawan wanita dari 250 daerah dan 12 negeri dari seluruh Malaysia dalam pelbagai latar belakang perniagaan & industri dengan skala perniagaan berteraskan moto berbunyi, ‘Perjuangan kami tanpa sempadan, kasih sayang kami tanpa batasan. Dari Wanita untuk Wanita'. - KitaReporters


14
17
0
13
0
You will be interested