Bisnes & Ekonomi 09 Jul, 2023

Tahniah Co-opbank Pertama! Pembayaran dividen lebih RM60.91j! Peningkatan dari RM58.94j pada 2021!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Co-opbank Pertama (CBP) mengumumkan pembayaran dividen berjumlah lebih daripada RM60.91 juta kepada pemegang-pemegang syer bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

CBP dalam satu kenyataan pada 6 Julai 2023 berkata, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah meluluskan pembayaran dividen bagi syer biasa dan syer keutamaan (iRCPS) CBP bagi tahun kewangan berakhir 2022 seperti yang dimohon oleh CBP.

“Bagi tahun 2022, jumlah pembayaran dividen yang dibayar adalah sebanyak RM60.91 juta berbanding tahun 2021 yang berjumlah RM58.94 juta. 

"Peningkatan jumlah bayaran ini akan memberi manfaat kepada 91,133 anggota CBP yang layak. Jumlah syer keseluruhan CBP adalah RM985.43 juta setakat 31 Disember 2022,” kata Khairil Anuar Mohamad Anuar, Ketua Pegawai Eksekutif CBP.

“Kadar dividen bersih bagi tahun 2022 adalah sebanyak 6.88% bagi syer iRCPS dan 6.30% bagi syer biasa dan ini juga adalah setanding dengan jumlah dividen yang dibayar oleh dana pelaburan lain di Malaysia,” tambah beliau.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022, CBP merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM103.43 juta iaitu peningkatan sebanyak 20% dari tahun 2021 yang berjumlah RM86.14 juta. 

Prestasi baik ini didorong oleh pelaksanaan strategi perniagaan yang berkesan oleh Pengurusan CBP.

Pembayaran dividen bagi tahun kewangan 2022 yang berjumlah lebih RM60.91 juta ini merupakan jumlah yang tertinggi dalam sejarah penubuhan CBP sejak dari tahun 1950.

Anggota CBP digalakkan untuk membuat pengeluaran dividen secara dalam talian melalui laman web e-Semakan CBP bermula 7 Julai 2023. 

Penyata dividen boleh disemak mulai 11 Julai 2023. - KitaReporters/Kenyataan Media


10
9
0
14
0
You will be interested