Bisnes & Ekonomi 12 Jul, 2023

Terima kasih FBS! Sumbangan lebih RM288k kepada tujuh badan amal! Termasuk di Malaysia dan Nigeria!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


FBS, syarikat pembrokeran antarabangsa yang beroperasi di lebih daripada 150 negara, telah membulatkan komitmennya untuk membina komuniti yang mampu berdikari dan berdaya tahan dengan menyumbang lebih daripada USD$62,000 (RM288k) kepada badan-badan amal di negara-negara membangun. 

Dana tersebut dikumpulkan pada bulan Ramadan yang penuh berkat dan akan menyokong kira-kira 5,000 insan dari golongan yang kurang mampu di Malaysia, Indonesia, Nigeria, Mesir, Turki, Pakistan, dan Yemen.

“Sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Bangsa-Bangsa Bersatu, FBS berhasrat untuk menyalurkan sumbangan kepada usaha membina masyarakat yang lebih makmur dan saksama. 

"Sejak 2014, FBS telah terlibat secara aktif dalam aktiviti amal sepanjang bulan Ramadan, dengan mengutip dan menyumbang kira-kira USD$1.3 juta kepada lebih daripada 30 organisasi di Asia Tenggara, Afrika, dan Timur Tengah, sambil membawa kesan positif kepada kehidupan beribu-ribu orang. 

"Berkat sokongan daripada pelanggan kami, FBS mampu mencetus perubahan bermakna di dunia,” kata Ksenia Molodkina, Pengarah Pemasaran Strategik, FBS.



Pada bulan Ramadan 2023, lebih daripada 29,000 pedagang dari 17 negara telah menyertai promosi amal FBS Trade & Aid (Berdagang & Beramal FBS). 

Inisiatif ini memberi peluang kepada pedagang untuk membuat sumbangan amal dan menyokong golongan yang memerlukan pada bulan yang penuh berkat ini. 

Kerjasama tersebut berjaya meraih sumbangan berjumlah lebih daripada USD$62,000, yang diedarkan secara saksama kepada tujuh badan amal. 

Dana tersebut digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan yang terbabit untuk menambah baik kehidupan penduduk tempatan termasuk keluarga, pelajar dan warga emas. 



Sebagai contoh, MyCare Foundation cawangan Malaysia telah menggunakan sumbangan FBS untuk membuka tapak kolam ternak ikan air tawar, dalam usaha memperkasakan masyarakat untuk menjana pendapatan mampan. 

Projek ini bertujuan menyokong kumpulan miskin bandar di Bandar Tasik Selatan Kuala Lumpur. 

“Menerusi sokongan berharga FBS, kami telah mengasaskan projek penternakan ikan perintis ini yang menjanjikan manfaat besar kepada masyarakat. 

"Visi projek adalah ringkas tetapi dengan matlamat mencetus transformasi: sambil populasi ikan bertambah, masyarakat akan mendapat manfaat daripada peningkatan jualan. 

"Keuntungan yang dijana daripada jualan ikan akan disalurkan ke dalam tabungan kemasyarakatan, sumber kewangan berwawasan yang menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di dalam masyarakat kita, membolehkan individu-individu menggunakan dana tersebut untuk pelbagai urusan perniagaan dan keperluan peribadi. 

"Dengan peluang menjana pendapatan serba baharu, anggota masyarakat kita kini boleh mencapai potensi sebenar mereka, seterusnya mencetus kitaran kemajuan dan kemakmuran,” kata Kamarul Halim Sakrani, wakil MyCare Foundation Malaysia. 



Sementara itu, program amal FBS dengan Ramadan Memo, sebuah pertubuhan Islam di Nigeria, menyasarkan lebih 3,000 penerima bantuan daripada golongan yang terpinggir, seperti balu, anak yatim, murid prasekolah dan pelajar institusi pengajian tinggi yang kurang mampu dari segi kewangan. 

“FBS berganding bahu dengan Ramadan Memo untuk berkongsi barang makanan dengan golongan yang memerlukan, menyumbang bekalan keperluan kepada rumah-rumah anak yatim, mengedarkan kotak pakaian kepada balu dan kanak-kanak dalam kalangan penduduk setinggan dan mengedarkan bahan pendidikan kepada murid-murid sekolah rendah demi menyokong pendidikan pada peringkat akar umbi, selain membantu usahawan pengajian tinggi untuk memajukan perniagaan masing-masing,” kata Giwa Habeeb A. daripada Ramadan Memo.

FBS terus bertekad untuk menyokong inisiatif amal yang memainkan peranan dalam usaha kebajikan sosial dan pemerkasaan ekonomi di negara-negara sedang membangun. 

Usaha ini adalah sejajar dengan rancangan pembangunan kebangsaan bagi negara-negara yang turut serta, seperti Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Malaysia, Wawasan 2045 di Indonesia, dan Rancangan Pembangunan Negara di Nigeria 2021-2025. 

Mereka berusaha untuk membina masyarakat yang makmur dan saksama, dan setiap pihak berkepentingan, termasuk syarikat swasta seperti FBS, boleh  memainkan peranan masing-masing untuk mencapai agenda negara. - KitaReporters/Kenyataan Media


14
10
0
9
0
You will be interested