Bisnes & Ekonomi 22 Jun, 2024

Jom kitar semula! Peluang menang RM30k! Great KitaRecycle Challenge 2024! GETB dan SWM Environment!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this

Hafiz Ridhuan Md. Daud memalu gong sebagai simbolik pelancaran sambil disaksikan oleh Mohd Norlisam Mohd Nordin dan Shahrul Azlan Shahriman (kanan) pada Majlis Pelancaran Great KitaRecycle Challenge 2024 di sebuah hotel di Melaka. 


Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) telah melancarkan program Great KitaRecycle Challenge 2024 bertempat di Air Keroh, Melaka pada 21 Jun 2024 lalu. 

Hasil jalinan kerjasama strategik ini bakal menyaksikan sebanyak 60 buah sekolah terpilih yang membabitkan 30 buah sekolah rendah dan 30 sekolah menengah di negeri Melaka dan Negeri Sembilan bersaing dalam pertandingan tersebut. 

Program yang menawarkan lebih RM30,000 hadiah wang tunai ini bermatlamat untuk memberi pendedahan, didikan serta galakan berkaitan ilmu kitar semula di bawah program kitar semula berganjaran SWM Environment iaitu KitaRecycle yang dilihat dapat menjadi satu langkah proaktif dalam memperkukuhkan penglibatan organisasi korporat demi alam sekitar yang lebih lestari. 

Jumlah barangan kitar semula yang dikutip akan direkodkan di bawah program tersebut bagi membolehkan pihak urusetia memantau data kutipan setiap sekolah yang mengambil bahagian. 


Shahrul Azlan (dua dari kanan) menyampaikan ‘bunting’ Program Great KitaRecycle Challenge 2024 kepada wakil Jabatan Pendidikan Negeri Melaka pada Majlis Pelancaran GREAT KITARecycle Challenge 2024.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif GETB, Shahrul Azlan Shahriman, “Selaku pengendali takaful keluarga, kami bukan sahaja berperanan untuk melindungi kesihatan dan kewangan rakyat Malaysia. 

"Kami juga turut beraspirasi untuk melindungi alam sekitar demi kualiti hidup dan kesihatan yang lebih baik. Menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat GETB, kami berhasrat untuk melahirkan lebih ramai generasi yang celik ilmu dalam melindungi alam sekitar pada masa hadapan. 

"Menerusi kolaborasi ini, kami juga turut memperkenal inisiatif kitar tinggi (upcycling) yang mana kami akan membawa mesin kitar tinggi 2-dalam-1 ke sekolah-sekolah terpilih untuk memberikan pendedahan kepada aktiviti kitar tinggi yang dapat dilakukan oleh para pelajar.” 

Program Great KitaRecycle Challenge 2024 ini telah dirasmikan oleh Shahrul Azlan dan pelancarannya turut disempurnakan oleh Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin dan wakil Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Hafiz Ridhuan Md. Daud, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian sambil disaksikan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, serta tetamu kehormat serta para guru yang hadir. 

Mengulas lanjut mengenai pertandingan ini, Mohd Norlisam berkata, “Kategori Sekolah Rendah melibatkan Pertandingan Pengumpulan Barangan KitaRecycle, Penghasilan Arca 3R daripada barangan kitar semula dan Pertandingan Bercerita, manakala bagi kategori Sekolah Menengah pula, turut diadakan Pertandingan Pengumpulan Barangan KitaRecycle di samping Penghasilan Arca 3R daripada barangan kitar semula, Pertandingan Penulisan Esei dan Pertandingan Video Pendek.”



Tambah beliau, “Sebanyak 56 hadiah disediakan untuk pemenang daripada sekolah rendah dan sekolah menengah yang akan diumumkan semasa majlis penutup yang dijadualkan pada 19 November 2024. Pertandingan ini akan berlangsung selama empat bulan bermula dari Julai sehingga Oktober 2024. 

"Program ini dilihat sebagai platform yang baik untuk mengembangkan kemahiran kreatif murid-murid sekolah rendah dan menengah melalui pendedahan dalam aspek perkongsian idea, kerja secara berkumpulan serta teknik penghasilan rekaan.” - KitaReporters/Kenyataan Media

5
17
0
13
0
You will be interested