Bisnes & Ekonomi 29 Apr, 2025

FELDA perkukuh kedudukan! Pelan Strategik Dan Hala Tuju Kumpulan FELDA 2025-2030 diserah kepada PM!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this

Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek


Pelan Strategik Dan Hala Tuju  Kumpulan FELDA 2025-2030 menggariskan strategi utama dan pelan tindakan Kumpulan FELDA, bertujuan memperkukuh kedudukan organisasi sebagai  pemangkin ekonomi negara khususnya luar bandar

Pengurusan Kumpulan Lembaga Kemajuan Tanah  Persekutuan (FELDA) komited memastikan Pelan Strategik Dan Hala Tuju ini  dilaksanakan dengan penuh dedikasi demi membentuk ekosistem yang terampil untuk  semua pemegang taruhnya. 

"Tanggungjawab ini memerlukan usaha berterusan dan  sokongan padu daripada semua pihak bagi memastikan kesejahteraan dan kemajuan  Kumpulan FELDA terus diperkukuh. 

"Pelan Strategik Dan Hala Tuju Kumpulan FELDA ini telah dirangka secara terperinci menerusi enam sesi libat urus bersama pelbagai pemegang taruh," tegas Felda dalam satu kenyataan pada 28 April 2025.


Anwar Ibrahim


Kenyataan itu mendedahkan Pengurusan FELDA  memaklumkan bahawa Pelan Strategik Dan Hala Tuju Kumpulan FELDA 2025-2030 telah diserahkan sebagaimana disarankan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri semasa Majlis Berbuka Puasa bersama  warga FELDA pada 26 Mac 2025 lalu.

"Pelan ini memberi  tumpuan kepada inisiatif-inisiatif strategik dalam pelbagai bidang. 

"Dengan  penyerahan pelan ini, Pengurusan Kumpulan FELDA menzahirkan komitmen dan  kesungguhan dalam melaksanakan setiap strategi yang digariskan demi menjayakan aspirasi masa depan FELDA yang lebih berdaya saing," kata kenyataan itu lagi. - KitaReporters/Kenyataan Media


Kredit foto: Bernama

7
17
0
9
0
You will be interested