Bisnes & Ekonomi 16 Feb, 2023

Inilah Mahir AI! Planet Mahir bangunkan teknologi Kecerdasan Buatan! Sasar pasaran pendidikan global!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

Datuk Dr Ahmad Ramzi memberi penerangan mengenai keistimewaan aplikasi AI ketika pelancaran dunia pendidikan maya Selasa 14 Februari 2023.


PLANET MAHIR Sdn Bhd, syarikat penyedia platform pendidikan digital terkemuka, kini mengembangkan lagi aktivitinya dengan memperkenal beberapa produk baharu termasuk Aplikasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi platformnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Planet Mahir, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ketika mengumumkan demikian pada majlis pelancaran Planet Mahir 2.0 pada Selasa, 14 Februari 2023 berkata, perkara itu adalah sebahagian daripada strategi syarikat untuk lebih ke hadapan dalam bidang berkenaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan teknologi AI

Teknologi masa depan yang lebih mudah diakses.


“Aplikasi teknologi AI akan membolehkan pelajar mendapatkan personalised learning daripada Mahir AI, iaitu aplikasi berasaskan AI atau 'Intelligent Tutoring System' yang dibangunkan dengan kerjasama Organisasi Perdagangan Luar Jepun (JETRO) dan dijangka siap akhir tahun ini (2023).

"Antara ciri istimewa Mahir AI adalah memberi nasihat kepada pelajar tentang kursus yang boleh diambil berdasarkan kebolehan dan pencapaian mereka, mencerap prestasi pembelajaran, menjangka kebarangkalian lulus atau gagal dalam peperiksaan dan sebagainya,” ujar beliau.

Pada majlis tersebut Dr Ahmad Ramzi turut mengumumkan mengenai produk terbaharu Mahir Tutor iaitu Mahir Tutor A Level, International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) serta kurikulum persekolahan Indonesia, Singapura dan Brunei akan mula ditawarkan tahun 2023 ini.

Perkembangan itu menjadikan Planet Mahir bakal melangkah ke pasaran pendidikan global.

"Planet Mahir ketika ini merupakan pemimpin pasaran dalam industri pendidikan dan latihan di mana kami kini telah bersedia untuk memasuki pasaran global menerusi pengenalan aplikasi AI yang dilancarkan hari ini serentak dengan fasa peralihan Planet Mahir 2.0.

"Kami berbesar hati untuk menawarkan satu platform digital yang lebih bermakna kepada semua pelanggan kami dengan pengalaman pembelajaran dan latihan yang terkini dan bersifat global," katanya. - KitaReporters


Dunia baru pendidikan global perintis oleh Planet Mahir. - Kredit gambar: FB Planetmahir 

8
16
0
14
0
You will be interested