Bisnes & Ekonomi 18 Oct, 2025

Vroom! Vroom! Jejak Warisan Bandar Taiping dan Taiping Motoshow Festival gegarkan Dataran Warisan!

@ani bin awang
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Emel: [email protected]

Share this

Dataran Warisan Taiping, Perak kembali bergema dengan deruman engin dan sorakan pengunjung apabila program Jejak Warisan Bandar Taiping dan Taiping Motoshow Festival 2025 (Festival Pameran Motosikal Taiping 2025) membuka tirainya pada Jumaat, 17 Oktober 2025.


Pengunjung boleh melihat pelbagi jenis motosikal di Dataran Warisan Taiping.

Program anjuran Kelab Motosikal Salam Taiping dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan swasta diadakan selama tiga hari bermula pada 17 hingga 19 Oktober 2025 menghimpunkan ribuan pengunjung dari seluruh Malaysia.

Pengerusi Program Jejak Warisan Bandar Taiping dan Taiping Motoshow Festival, Mohd Nordin Mohd Yusoff berkata, program yang diadakan ini bertujuan membantu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dalam memeriahkan Kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

Selain memperkenal Taiping sebagai bandar Warisan yang kaya dengan nilai sejarah, budaya dan destinasi menarik.


Antara motosikal berkuasa tinggi yang dipamerkan.

Katanya, program ini juga menjadi plafform menggabungkan elemen pelancongan, seni dan komuniti permotoran, sekali gus memupuk semangat muhibah dan mencintai warisan dalam kalangan generasi muda.

“Kita selaku NGO sentiasa komited untuk membantu kerajaan negeri dan MOTAC dalam mempromosikan pelancongan melalui pendekatan konsep gabungan permotoran dan warisan.

“Selain itu, pihaknya turut mengadakan persembahan kebudayaan, pameran warisan Taiping, pertunjukan dikir barat srikandi yang dibawa dari Kelantan, persembahan gendang India, lion dance dan cabutan bertuah sebuah motosikal,” katanya ketika ditemui di Taiping pada 17 Oktober 2025.

Selain itu, Mohd Nordin berkata, pihaknya juga menganjurkan pameran pelbagai jenis motosikal klasik dan superbike bagi membolehkan peminat motosikal datang untuk melihat motosikal yang diminati.

“Pengunjung juga boleh berurusan dengan lebih 22 vendor daripada syarikat permotoran yang menawarkan pameran dan pembelian motosikal dengan harga yang kompetatif,” katanya.


Pameran motosikal menarik perhatian pengunjung.

Mohd Nordin yang juga Pengerusi Kelab Motosikal Salam Taiping berkata, bagi memeriahkan festival ini, seramai 150 orang pemilik superbike akan menyertai ride permotoran sejauh 20 kilometer di kawasan bandar Warisan Taiping.

Katanya, bagi pengemar makanan turut disediakan festival makanan (food festival) yang menjual pelbagai jenis makanan kegemaran orang ramai.

Sehubungan itu, orang ramai boleh mengunjungi pameran dan menikmati makanan yang ditawarkan dengan harga berpatutan sekali gus memeriahkan bandar warisan Taiping. - KitaReporters


9
8
0
6
0
You will be interested