Bisnes & Ekonomi 08 Apr, 2023

Misi Moreh Mekdi! 20 universiti awam seluruh negara! Santuni lebih 12k pelajar! Tajaan hidangan moreh!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


McDonald’s Malaysia telah menyebarluaskan inisiatif Misi Moreh Mekdi ke-20 ke universiti-universiti awam seluruh negara dengan menaja hidangan moreh untuk lebih daripada 12,000 pelajar-pelajar yang memerlukan pada sepanjang bulan Ramadan 1444H ini.

Acara Misi Moreh Mekdi yang telah dilaksanakan sejak 9 tahun yang lalu, pada 6 April 2023 telah diadakan di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. 

Ini merupakan sebahagian daripada keseluruhan program Misi Moreh Mekdi selain daripada tajaan hidangan moreh kepada komuniti di lebih daripada 300 buah surau-surau dan masjid-masjid sepanjang bulan Ramadan di sekitar kawasan operasi restoran McDonald’s. 



“Sebagai sebuah organisasi yang sentiasa mendekati komuniti setempat, kami juga mengambil peluang pada bulan Ramadan ini untuk bersama-sama membantu meringankan beban pelajar yang memerlukan. 

"Kami memahami keperluan para pelajar yang kurang berkemampuan dan diharap usaha ini sedikit sebanyak dapat menceriakan mereka terutama ketika berjauhan dengan keluarga ketika ini,” kata Dato' Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.

“McDonald’s Malaysia juga amat menghargai kerjasama dari Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) dan UiTM yang telah bersama-sama kami dalam acara pada hari ini. Diharap inisiatif ini akan dapat diteruskan lagi di universiti awam lain dalam masa terdekat ini,” tambah Azmir.



Bagi memeriahkan lagi acara Misi Moreh Mekdi dan Titipan Kasih Harian Metro dengan kerjasama UiTM ini, majlis gotong-royong menyediakan bubur lambuk dan hidangan berbuka puasa telah juga diadakan di kampus UiTM Shah Alam dengan disertai sukarelawan-sukarelawan dari McDonald’s Malaysia, Harian Metro dan pelajar-pelajar UiTM. 

Selain daripada agihan bubur lambuk dan majlis berbuka puasa, kotak rezeki yang mengandungi makanan asas untuk keperluan harian juga disampaikan kepada pelajar-pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan. 

Majlis ini telah turut dihadiri Prof. Dr Mohamad Hariri Abdullah, Timbalan Naib Canselor Industri, Komuniti dan Jaringan Alumni (ICAN); Husain Jahit, Pengarang Kumpulan Harian Metro merangkap Pengerusi Projek TKHM; barisan pengurusan UiTM Shah Alam, Harian Metro dan McDonald’s Malaysia; serta para pelajar UiTM. 

Inisiatif-inisiatif mendekati komuniti di sekitar lokasi operasi McDonald’s yang boleh membawa impak-impak positif merupakan nilai teras McDonald’s Malaysia. 

Dengan peningkatan jumlah restoran saban tahun, 2022 adalah tahun kejayaan bagi McDonald's dengan pencapaian jumlah pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan paling banyak setakat ini iaitu lebih 19,000 program komuniti. - KitaReporters/Kenyataan Media


12
11
0
12
0
You will be interested