Bisnes & Ekonomi 18 Jan, 2023

63% penjual yakin dan teruja! Prospek e-dagang pada 2023! Laporan Trend Pengguna oleh Shopee Malaysia!

@zuhayati yazid
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2007 dan masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


SEBUT sahaja Shopee, platform jual beli itu tidak perlu diperkenalkan lagi kerana semua ‘masak’ dengan syarikat e-dagang tersohor di negara ini.

Bermula daripada yang kecil sehingga yang veteran semuanya menjadikan syarikat  e-dagang itu sebagai 'rakan karib'. Carilah apa sahaja di Shopee, pasti tidak mengecewakan, bukan itu sahaja harga yang ditawarkan juga lebih berbaloi. 


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan platform jual beli Shopee



Bagi peniaga pula, ia bukan sahaja memudahkan urusan penjualan kerana diyakini boleh menjimatkan kos termasuk tidak memerlukan ruang jualan dan boleh beroperasi walaupun berada di mana sahaja. 

Menerusi laporan Trend Pengguna oleh Shopee Malaysia didapati 63 peratus daripada penjual Malaysia berasa teruja dan positif tentang peluang e-dagang pada 2023.

Laporan itu menyatakan penjual dari segmen kesihatan dan kecantikan (71 peratus); mainan, kanak-kanak dan bayi (69 peratus); dan fesyen dan gaya hidup (66 peratus) paling optimistik, menyatakan bahawa mereka berada di landasan yang betul untuk merebut peluang pada 2023.



Tinjauan tersebut yang dibuat ke atas lebih 1,000 penjual di negara ini pada Disember 2022 mendapati penjual teruja untuk mengambil kesempatan dari tiga trend utama e-dagang utama yang dibuat pemerhatian oleh Shopee, untuk kekal berdaya tahan dan relevan secara digital.

Ketua Kempen Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata, tiga trend utama yang diperhati adalah penggunaan perkhidmatan digital yang lebih baik dan lebih jimat, penggunaan perkhidmatan digital yang semakin meningkat kepada pengguna di luar bandar dan peningkatan pembeli daripada golongan lebih muda. 

“Memandangkan kelebihan digital pembeli yang menggunakan lebih banyak masa dalam talian, lapan daripada 10 penjual bersetuju bahawa mereka mahu meningkatkan penemuan produk, pertimbangan dan pembelian dalam talian,” katanya.



Dalam pada itu Kenneth berkata, dia sangat teruja untuk penjual pasaran yang mempunyai resolusi positif pada 2023 untuk mencuba ciri baharu dan menemui peluang baharu. 

“Hanya dua minggu yang lalu, saya sendiri telah menyampaikan 34 anugerah di Shopee Super Awards kami kepada Penjual Super Berkembang, Kepuasan Pelanggan Super dan Penjual Kegemaran Super, jadi saya tahu bahawa mereka boleh berjaya.

"Kami sentiasa memberi tumpuan kepada penjual yang memberi laluan kepada penjual lain untuk berjaya dan mewujudkan persekitaran yang menyokong mereka.”katanya. - KitaReporters


16
8
0
9
0
You will be interested