Apabila keadaan ekonomi rakyat memburuk selepas wabak Covid-19, ramai terpaksa memikirkan cara untuk mendapat pendapatan baharu atau lebih terutama dalam kalangan B40.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan peniaga-peniaga kecil
Percayalah, sebahagian besar golongan perniaga di seluruh negara yang berniaga terutama makanan dan minuman tidak mempunyai lesen berniaga. Malah ada yang berniaga secara koboi dengan meletakkan tempat jualan dan khemah atau payung di mana sahaja termasuk di tempat untuk kegunaan umum seperti tempat letak kereta awam.
Kadang-kala boleh timbul perbalahan dan pertengkaran antara peniaga dan orang ramai yang menegur tindakan tidak wajar berniaga di tempat tidak sepatutnya berniaga.
Antara keadaan kurang wajar dilakukan golongan perniaga B40 dimuat naik pemilik akaun bernama Kupang Laku dalam Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini.
Kupang Laku mempersoal kewajaran di sebalik tindakan segelintir peniaga yang 'bermaharajalela' berniaga di kotak parkir tanpa rasa bersalah.
"Bila B40 berniaga mereka mahu diberi hak untuk berniaga tetapi mereka telah menidakkan hak orang lain," tulisnya pada perkongsian itu.
Individu ini memuat naik beberapa gambar yang memaparkan gerai beberapa penjaja yang dipasang di kotak parkir di sebuah taman rekreasi di ibu kota.
Tambahnya, keadaan semakin parah pada hujung minggu di mana pengunjung berpusu-pusu mahu beriadah bersama keluarga tetapi sejumlah tempat parkir diguna perniaga tidak diundang ini.
Perkongsian tersebut meraih perhatian warga maya dengan rata-ratanya membangkitkan isu undang-undang dan hak orang awam. - KitaReporters
Kredit foto: Utara News