Bisnes & Ekonomi 01 Sep, 2025

Video| Hadiah kemerdekaan! Untuk pekerja Gig! RUU Pekerja Gig diluluskan! Satu pengiktirafan! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig yang telah diluluskan oleh Parlimen pada 28 Ogos 2025 lalu merupakan hadiah kemerdekaan kepada industri dan seluruh pekerja gig di Malaysia sempena Hari Kemerdekaan 2025 ini.




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, RUU Pekerja Gig tersebut memberi takrifan yang lebih jelas kepada profesyen sebagai pekerja gig, termasuk pengiktirafan, jaringan sosial yang kukuh serta masa depan yang jelas. 

"Kepada seluruh anak muda yang berkecimpung dalam industri gig -- penghantar makanan, pemandu e-hailing dan seluruh keluarga pekerja gig -- Rang Undang-Undang Pekerja Gig yang telah diluluskan Parlimen baru-baru ini adalah hadiah untuk kalian," tegas Perdana Menteri dalam satu hantaran menerusi akaun Facebooknya pada 30 Ogos 2025.

Beliau berkata, namun ada juga yang curiga, selain mendakwa Kerajaan lambat dalam hal ini. 

"Hakikatnya, kita cermat dan berhati-hati kerana RUU ini mengesankan hidup jutaan rakyat. 

"Justeru, bersempena bulan kemerdekaan ini, saya tegaskan bahawa setiap keringat dan usaha pekerja gig adalah bermaruah, dan kalian punyai sumbangan yang besar pada pengukuhan ekonomi rakyat dan negara," jelas Anwar. - KitaReporters/Kenyataan Media



10
12
0
15
0
You will be interested